Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan diskaun sehingga 59% bagi pembelian telefon pintar Oppo di Shopee

Oppo Shopee 11.11 BigSale
Sempena penjualan Shopee 11.11 BigSale, Oppo Malaysia telah mengumumkan promosi menarik yang menawarkan pengguna diskaun sehingga 59% bagi pembelian telefon pintar dan produk Oppo di Shopee.

Oppo Malaysia Shopee
Antara promosi menarik yang diumumkan oleh Oppo adalah pemberian baucar sehingga RM 200 dan pemberian baucar percuma bernilai RM 100 melalui siaran langsung Shopee Live.

Selain itu, Oppo juga telah mengumumkan harga istimewa sempena penjualan ini dimana anda boleh memiliki Oppo F11 Pro pada harga RM 839 (harga semasa adalah RM 999), Oppo R17 Pro pada harga RM 1109, Oppo F11 pada harga RM 679, Oppo A7 pada harga RM 579 dan Oppo A1K pada harga RM 379.

Selain itu, Oppo juga menawarkan 3 pakej bundle menarik seperti berikut :

  • Dashcam DDPai Mini 3 + 32GB microSD – RM 329
  • MH320 earphone + 32GB microSD – RM 129
  • Powerbank 10,000mAh + kabel ODC 01/02/03F – RM 75

Bercakap mengenai siri Oppo Reno2, Oppo Malaysia telah mengumumkan penjualan dua kali ganda lebih baik diroadshow pertama Oppo Reno2 yang telah berlangsung di Sunway Pyramid pada penghujung minggu lalu.

lawati stor Oppo Malaysia di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.