Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X akan tiba bulan hadapan dan anda boleh menjadi pengguna terawal di Malaysia

Honor 9X Malaysia
Honor Malaysia nampaknya semakin hampir untuk melancarkan Honor 9X ke pasaran Malaysia dan Honor kini memberikan 2 ahli HONOR Club Early Access Program peluang untuk mencuba telefon pintar ini.

Honor 9X adalah model pengganti kepada Honor 8X yang berjaya mencapai penjualan luar biasa dengan hampir 10 juta unit telah terjual dan populariti ini dijangka akan diteruskan dengan Honor 9X.

HONOR Club Early Access Program adalah terdiri daripada ahli Honor Club yang mempunyai pengetahuan luas tentang telefon pintar Honor dan mezahirkan sokongan tidak berbahagi diplatform Honor Club. Mereka ini akan menerima jemputan eksklusif untuk menyertai HONOR Club Early Access Program.

Bagaimana untuk menyertai ?

  1. Jika belum mempunyai akaun, Cipta akaun di https://club.hihonor.com/my/index , mulai 15-31 Oktober 2019, anda hanya perlu berkongsi atau post pautan ke ulasan anda terhadap mana-mana produk Honor di ruangan komen di SINI 
  1. Setiap profil/akaun hanya layak untuk satu penyertaan
  2. 2 pemenang akan dipilih oleh Honor berdasarkan kualiti ulasan pada 7 November 2019.

Honor 9X dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan November 2019, ketahui spesifikasi lengkap mengenai telefon pintar ini di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.