Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone II kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 3,499

Asus ROG Phone II Malaysia
Asus Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar gaming yang ditunggu-tunggu ramai iaitu ROG Phone II dengan harga penjualan dari RM 3,499.

Penantian bagi ROG Phone II memasuki pasaran Malaysia adalah sekitar tiga bulan selepas telefon pintar ini diumumkan secara rasmi pada bulan Julai yang lalu.

ROG Phone II Malaysia

Asus ROG Phone 2 ini hadir dengan skrin paparan dengan kadar bingkai 120fps yang merupakan panel skrin terbaik untuk telefon pintar gaming dan ianya adalah panel AMOLED berukuran 6.59-inci.

Panel skrin  ini juga menyokong mod skrin 60Hz dan 90Hz dan ini sudah pasti membantu menjimatkan lagi bateri.

Menutup bahagian skrin ROG Phone 2 ini, ianya adalah panel  FHD+ dengan resolusi 1080 x 2340px dengan sokongan HDR 10.

ROG Phone 2 juga hadir dengan pembesar suara stereo hadapan dengan DTS : X Ultra yang didakwa 2.5x ganda lebih lantang berbanding ROG Phone generasi pertama.

Pad sesentuh AirTriggers juga dikekalkan seperti pada ROG Phone namun ianya telah ditambah baik dan dengan dwi-motor vibrasi.

Asus masih mengekalkan pengunaan bicu audio 3.5mm yang terbaik dipasaran dan terdapat juga 4 mikrofon yang sudah pasti berguna untuk komunikasi dalam permainan.

Fokus untuk mengurangkan latensi nampaknya meliputi kesemua aspek dan komponen ROG Phone II yang mana posisi antena yang strategik dan perhubungan Wi-Fi berkelajuan tinggi.

Asus ROG Phone 2 Snapdragon 855 Plus

Seperti disahkan sebelum ini, Asus ROG Phone II merupakan telefon pintar pertama untuk menggunakan pemproses Snapdragon 855+  dan ianya menjanjikan pretasi GPU 15% lebih baik manakala kelajuan CPU adalah 4% lebih pantas.

AeroActive Cooler II

Untuk menyingkirkan isu kepanasan peranti, Asus telah meletakkan satu gril yang mengeluarkan kepanasan dari ruang wap dan terdapat juga penyejuk AeroActive Cooler II

Bercakap mengenai bateri, Asus ROG Phone II sahaja hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh.

Dengan kapasiti ROG Phone II sahaja, Asus menjanjikan sesi PUBG secara berterusan selama 7 jam tanpa henti dan ianya turut disertakan dengan sokongan pengecasan pantas ROG HyperCharge 30W.

ROG Phone II camera malaysia

Asus ROG Phone II juga hadir dengan tetapan sensor kamera Quad Bayer Sony 48MP + lensa lebar 13MP 125° manakala kamera selfie adalah unit kamera 24MP.

Asus ROG Phone II akan hadir dengan harga penjualan RM 3,499 iaitu bagi versi 12/512GB manakala versi 12GB/1TB pula hadir pada harga RM 4,499 ( hanya ditawarkan mulai bulan November).

Dapatkan Asus ROG Phone II di Shopee 

Asus ROG Phone 2 Malaysia

Antara aksesori yang ditawarkan bagi ROG Phone II adalah seperti berikut :

  • Pad permainan ROG Kunai Gamepad 
  • TwinView Dock II – tambahan satu lagi skrin 120Hz, kipas penyejuk dan bateri berkapasiti 5,000mAh.
  • Dok Mobile Desktop
  • Aero Case – percuma didalam kotak
  • AeroActive Coller II – percuma didalam kotak

Lazada ROG Phone II Super Pack

Asus juga menawarkan pakej “Super Pack” yang membolehkan anda memiliki kesemua aksesori lengkap ROG Phone II berserta dengan bagasi pada harga RM 6,999 sahaja.

Pakej “Super Pack” ROG Phone II ini akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada sahaja namun penjualan hanya bermula pada November 2019.

Pembelian boleh dibuat mulai jam 4 Petang ini di Lazada dan Shopee

Tontoni Video Unboxing Asus ROG Phone II di bawah

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.