Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Fold akan dijual pada 18 Oktober ini dengan harga RM 8,388

Samsung Galaxy Fold Malaysia

Anda pasti sedia maklum bahawa pra-tempahan Samsung Galaxy Fold telah habis didalam masa 24 jam selepas ianya dibuka pada 9 Oktober yang lalu.

Berita baik bagi anda yang tidak berjaya membeli telefon pintar dengan skrin lipat Galaxy Fold ini, penjualan rasmi Samsung Galaxy Fold yang bernilai RM 8,388 ini akan bermula pada 18 Oktober ini dan ianya adalah didalam kuantiti yang amat terhad.

Samsung Galaxy Fold ini akan ditawarkan untuk hadir pembelian di semua stor Samsung Experience dan stor wakil penjual terkemuka di seluruh Malaysia.

Samsung Galaxy Fold ini akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Cosmos Black dan Space Silver.

Maklumat stor yang akan menawarkan Samsung Galaxy Fold mulai 18 Oktober ini boleh diketahui di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.