Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stok Samsung Galaxy Fold di Malaysia habis di pra-tempah

Samsung Galaxy Fold Malaysia

Samsung Galaxy Fold yang merupakan telefon pintar dengan skrin lipat pertama didunia telah dibuka untuk pra-tempahan semalam dan hanya selepas 12 jam , kesemua stok telah habis dijual.

Samsung Galaxy Fold Malaysia

Sambutan luar biasa bagi Galaxy Fold yang mempunyai tag harga RM 8,388 adalah sesuatu yang diluar jangkaan walaupun pra-tempahan hanya boleh dibuat di stor rasmi Samsung.

Walaupun mengesahkan kehabisan stok, Samsung Malaysia tidak mendedahkan jumlah unit Galaxy Fold yang terjual.

Samsung Galaxy Fold Malaysia

Apa pun kehabisan stok didalam masa sehari membuktikan bahawa produk inovatif seperti Galaxy Fold akan mendapat sambutan tidak kira harga penjualan yang diletakkan.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat samada Samsung akan membawa masuk lebih banyak stok Galaxy Fold ke Malaysia didalam masa terdekat.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.