Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan 2 tahun waranti bagi pembelian Honor 20 atau Honor 20 Pro

Honor Malaysia

Berita baik bagi anda yang sedang mempertimbangkan untuk membeli telefon pintar Honor, Honor Malaysia telah mengumumkan lanjutan kempen Rileks, Beli Je! yang menawarkan lanjutan waranti tambahan satu tahun.

Kempen ini pada mulanya tamat pada 30 September namun ianya boleh dinikmati sehingga penghujung tahun ini (31 Disember 2019).

Kempen Rileks, Beli Je! ini akan ditawarkan bagi pembelian telefon pintar Honor 20 dan Honor 20 Pro sahaja yang mana ianya boleh ditebus melalui aplikasi HiCare didalam masa 7 hari selepas pembelian.

Dengan lanjutan waranti selama satu tahun, anda akan menikmati pembaikian peranti menggunakan 100% alat ganti tulen secara percuma.

Honor 20 dan Honor 20 Pro merupakan telefon pintar terbaru Honor di Malaysia dan ianya ditawarkan pada harga RM 1,699 dan RM 2,299.

Honor 20 Pro Icelandic Frost kini di Malaysia pada harga RM 2,299

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.