Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A5 2020 akan ditawarkan di Malaysia mulai 28 September pada harga RM 699

Oppo A5 2020 Malaysia
Ketika pelancaran Oppo A9 2020, Oppo Malaysia turut mengumumkan bahawa Oppo A5 2020 yang ebih murah akna turut ditawarkan di Malaysia pada harga yang lebih berpatutan.

Oppo kini telah mengesahkan bahawa Oppo A5 2020 akan ditawarkan di Malaysia pada 28 September ini dengan harga penjualan RM 699 sahaja.

Oppo A5 2020 Malaysia

Oppo A5 2020 akan hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Snapdragon 665, 3GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Selain itu, Oppo A5 2020 juga memiliki tetapan quad-kamera iaitu sensor utama 12MP + sensor kanta lebar 8MP + 2MP +2MP dan kamera selfie 8MP.

Oppo A5 2020 juga hadir dengan pembesar suara stereo Dolby Atmos, bateri berkapasiti 5,000mAh (Micro-USB), Game Boost 2.0, slot 3-kad dan ColorOS 6. 

Oppo A5 2020 MalaysiaOppo A5 2020 Malaysia

Oppo A5 2020 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan biru dengan harga penjualan RM 699 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.