Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 7T kini rasmi dengan skrin 90Hz, SD855+ dan Android 10

OnePlus 7T Malaysia


OnePlus secara rasminya telah melancarkan OnePlus 7T yang menjadi telefon pintar pertama untuk
dilancarkan dengan Android 10 dari keluar Kotak.

OnePlus 7T hadir dengan reka bentuk panel belakang Matte yang diperbuat daripada gelas 3D Corning Gorilla Glass.

OnePlus 7T kini rasmi dengan skrin 90Hz, SD855+ dan Android 10 5

OnePlus 7T hadir dengan skrin paparan 90Hz Fluid AMOLED berukuran 6.55-inci dengan resolusi 1080p dan HDR10+. Skrin ini hadir dengan nisbah 20:9 dan merupakan skrin dengan takukan teardrop yang menempatkan kamera selfie 16MP.

OnePlus 7T juga menjadi telefon pintar terbaru untuk menggunakan pemproses Snapdragon 855+ yang dipadankan dengan 8GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman UFS 3.0 iaitu 128GB atau 256GB.

OnePlus 7T Camera

Beralih kepada kamera, OnePlus 7T hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 48MP Sony IMX586 dengan aperture f/1.7, + sensor telefon 12MP yang menawarkan 2x zoom optik dan sensor kanta lebar 16MP 119 darjah dan kini terdapat mod pengambilan gambar makro ( jarak 2.5cm) dan video slow-motion 960fps (720p).

OnePlus 7T kini rasmi dengan skrin 90Hz, SD855+ dan Android 10 6

OnePlus 7T juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,800mAh yang kini memiliki pengecasan pantas Warp Charge 30T yang mana ianya adalah 23% lebih laju berbanding pengecasan pantas Warp Charge 30W pada OnePlus 7 Pro (VOOC 4.0 kot).

OnePlus 7T Malaysia Price

OnePlus 7T akan ditawarkan di pasaran India pada harga INR 38,000 (2,242) bagi versi 128GB dan INR 40,000 (2,363) bagi versi 256GB.

OnePlus 7T mungkin memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.