Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Oktober ini

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro Malaysia

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Oktober ini

Xiaomi Redmi Note 8 dan Note 8 Pro yang dilancarkan penghujung bulan lalu kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 8 Oktober ini.

Kami telah menerima jemputan ke majlis pelancaran Siri Xiaomi Redmi Note 8 di Malaysia awal bulan hadapan.

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro adalah model terbaru didalam siri telefon pintar Redmi.

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro Malaysia

Redmi Note 8

Redmi Note 8 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.3-inci yang menawarkan resolusi FHD+ dan pengunaan LCD juga menolak kemungkinan telefon pintar ini menggunakan sensor capjari terbina pada skrin ( sensor capjari kekal dibelakang).

Redmi Note 8 hadir dengan pemproses Snapdragon 665 yang sama seperti pada Mi A3 dengan dua pilihan RAM iaitu 4 atau 6GB yang dipadankan dengan memori dalaman sehingga 128GB.

Redmi Note 8 juga merupakan telefon yang memiliki tetapan 4 kamera dibelakang dengan sensor utama adalah unit 48MP Samsung ISOCELL GM2, sensor lensa lebar 8MP, lensa makro 2MP dan lensa depth 2MP. Kamera selfie Redmi Note 8 ini adalah 13MP.

Redmi Note 8 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 18W melalui Type-C.

Redmi Note 8 akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru.

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro Malaysia

Redmi Note 8 Pro

Beralih kepada Redmi Note 8 Pro, ianya secara rasmi merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan sensor 64MP yang dibekalkan oleh Samsung.

Sensor 64MP ISOCELL Bright GW- hadir dengan teknologi quad-binning pixel manakala sensor yang lain adalah seperti pada Redmi Note 8 (8MP+2MP+2MP).

Redmi Note 8 Pro pula memiliki skrin paparan yang lebih besar iaitu berukuran 6.53-inci namun masih merupakan panel LCD dengan resolusi FHD+.

Beralih kepada pemproses , Redmi Note 8 Pro juga menjadi telefon pintar pertama untuk menggunakan pemproses MediaTek Helio G90T dengan dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 6/64GB atau 8/128GB.

Redmi Note 8 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan 18W, kamera selfie AI 20MP dan teknologi penyejukan cecair yang sudah pastinya merupakan ciri kegemaran gamers.

Redmi Note 8 Pro hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan hijau.

Buat masa ini harga penjualan Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro di Malaysia masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.