Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 6.2 dan Nokia 7.2 kini di Malaysia dengan harga serendah RM 899

Nokia Malaysia Nokia secara rasminya telah melancarkan Nokia 6.2 dan Nokia 7.2 yang telah diumumkan di IFA 2019 beberapa minggu lalu.

Nokia 6.2

Bercakap mengenai Nokia 6.2 ianya hadir dengan skrin paparan Waterdrop Nokia PureDisplay berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ yang turut dilindungi dengan lapisan gelas Corning Gorilla Glass 3 dihadapan dan belakang.

Selain itu, Nokia 6.2 juga hadir dengan pemproses Snapdragon 636, 4GB RAM dengan 64GB memori simpanan dalaman

Bercakap mengenai kamera, Nokia 6.2 hadir dengan tetapa tiga kamera dibelakang iaitu sensor utama 16MP+ sensor kanta lebar 8MP 188 darjah + sensor kedalaman 5MP manakala kamera selfie adalah 8MP.

Nokia 6.2 juga memiliki bateri berkapasiti 3,500mAh (USB-C) yang menjanjikan 2 hari pengunaan, Android Pie, Bluetooth 5.0 dan sokongan kad memori sehingga 400GB.

Nokia 6.2 akan memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan dengan harga penjualan RM 899 dan akan turut ditawarkan secara atas talian di stor e-perdagangan seperti Lazada.

Nokia 7.2 malaysia

Bercakap mengenai Nokia 7.2 pula, ianya juga hadir dengan skrin paparan Nokia PureDisplay berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Snapdragon 660, 6GB RAM dengan 128GB pilihan memori simpanan dalaman.
Nokia 7.2 Malaysia

Nokia 7.2 juga hadir dengan tetapan tri-kamera seperti Nokia 6.2 namun sensor utama Nokia 7.2 adalah sensor 48MP Sony IMX586 + sensor kanta lebar 8MP 118 darjah + sensor kedalaman 5MP.

Kamera selfie Nokia 7.2 adalah 20MP dan kesemua lensa ini hadir dengan optik Zeiss.

Beralih kepada bateri, Nokia 7.2 memiliki bateri berkapasiti 3,500mAh, Android Pie, butang Google Assistant dan sokongan tri-SIM ( 2 SIM + 1 kad microSD).

Nokia 7.2 Malaysia

Nokia 7.2 kini telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,299 dan sebagai permulaan warna hitam akan ditawarkan namun warna hijau dan putih akan tiba didalam masa beberapa minggu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.