Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro kini rasmi – skrin Horizon Display, sensor 40MP dan video slow-mo 7680fps

Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro Malaysia

Huawei secara rasminya telah melancarkan generasi terbaru telefon pintar siri Huawei Mate yang kini dikenali sebagai Huawei Mate 30 dan Huawei Mate 30 Pro.

Huawei Mate 30 dan Huawei Mate 30 Pro boleh dikatakan sebagai antara telefon pintar dengan pemproses dan teknologi kamera terbaik di dunia.

Huawei Mate 30 Pro Horizon

Huawei Mate 30 Pro hadir dengan skrin paparan melengkung 88 darjah pada sisi yang dikenali sebagai Horizon Display dan ianya adalah panel OLED berukuran 6.53-inci yang menawarkan resolusi 1176 x 2400 piksel.

Skrin paparan ini juga disertakan dengan mod ‘always-on’ dan menyokong stylus M-Pen dan dengan pengunaan skrin yang melekung Huawei telah menggantikan butang fizikal dengan butang maya pada skrin.

Huawei Mate 30 Pro 5G

Bercakap mengenai spesifikasi dalaman, Huawei Mate30 Pro hadir dengan pemproses Kirin 990 yang berasaskan pemprosesan 7nm+ EUV dengan GPU Mali-G76 MP16, 8GB RAM, 128/256GB memori dalaman, sokongan GPU Turbo dan teknologi penyejukan graphene.

Huawei Mate 30 pro Camera Malaysia

Bercakap mengenai kamera, Huawei Mate30Pro memiliki spesfikasi kamera yang terbaik dipasaran iaitu tetapan quad-kamera dengan dua sensor 40MP yang merupakan sensor utama SuperSensing dan sensor sudut ultra lebar yang diberi nama ‘Cine Camera’

Kamera ketiga adalah unit 8MP yang merupakan kamera periskop membolehkan 3x zoom optik dan 5x zoom hybrid manakala kamera keempat adalah sensor 3D ToF.

Kamera ini kini menyokong rakaman video 4K pada kadar 60fps, video time-lapse 4K HDR+ video gerak perlahan luar biasa pada kadar 7,680fps (720p).

Kamera selfie Huawei Mate30Pro adalah 32Mp dan ia juga hadir dengan satu sistem pengecaman wajah 3D.

Huawei Mate30Pro mempunyai 21 antena yang mana 14 daripadanya adalah untuk rangkaian 5G dengan sokongan 8 saluran 5G dan terdapat juga versi 4G bagi pasaran yang belum mempunyai 5G.

Huawei Mate 30 Pro battery

Huawei Mate30 Pro bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan Huawei SuperCharge 40W selain pengecasan tanpa wayar 27W.

Mate 30 Pro juga memiliki pensijilan IP68, EMUI 10 berasaskan Android 10 (tiada Google Services) dan sokongan kad memori NM sehingga 256GB.

Huawei Mate 30 Pro Colors

Huawei Mate30 Pro akan ditawarkan didalam warna Emerald Green, Space Silver, Cosmic Purple dan Hitam. Terdapat dua edisi khas yang ditawarkan didalam kemasan kulit vegan iaitu oren dan hijau.

Harga penjualan Mate30 Pro adalah €1099 (RM 5,094) bagi versi 4G manakala versi 5G hadir dengan tag harga €1,199 (RM 5,557).

Huawei Mate 30 specs

Huawei Mate 30 pula hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.62-inci (bukan skrin Horizon Display), sensor 3D yang berbeza dan sensor capjari terbina dalam skrin ( seperti Mate30 Pro).

Huawei Mate 30

Huawei Mate 30 hadir dengan tetapan tri-kamera iaitu sensor SuperSensing RYYB 40MP + sensor kanta lebar 16MP + sensor telefoto 8MP dan pemfokusan laser. Kamera selfie Mate 30 adalah unit 24MP.

Huawei Mate 30 juga hadir didalam dua versi iaitu versi 4G dan 5G yang menggunakan cip Kirin 900 yang sedikit berbeza namun masih memiliki 8GB RAM dengan storan 128GB sahaja.

Huawei Mate 30 mempunyai bateri berkapasiti 4,200mAh dan terdapat sokongan Huawei SuperCharge 40W dan pengecasan tanpa wayar 27W.

Huawei Mate 30 akan memasuki pasaran antarabangsa pada bulan Oktober dengan harga penjualan €799 (RM 3,703).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.