Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A9 2020 kini rasmi dengan quad-kamera,8GB RAM dan bateri 5,000mAh

Oppo A9 2020 MalaysiaOppo Malaysia secara rasminya telah melancarkan model terbaru didalam siri Oppo A iaitu A9 2020 yang hadir dengan harga penjualan RM 1,199 sahaja.

Oppo A9 2020 Malaysia

Oppo A9 2020 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Snapdragon 665, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Oppo A9 2020 juga akan hadir dengan tetapan quad-camera dibelakang iaitu sensor utama 48MP + sensor lensa lebar 8MP 119 darjah + sensor mono 2MP + sensor makro 2MP selain kamera selfie 16MP.

Oppo A9 2020 juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, pembesar suara stereo Dolby Atmos, ColorOS 6.1 yang berasaskan Android Pie dan sensor capjari dibelakang.

Oppo A9 2020

Oppo A9 2020 kini telah dibuka untuk pra-tempahan dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah eksklusif percuma bernilai RM 258 (sehingga 27 September 2019).

Oppo A9 2020 Malaysia Price

Penjualan rasmi akan bermula pada 28 September di stor konsep Oppo, stor atas talian rasmi Oppo, wakil penjual sah, Lazada, Shopee dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.