Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Galaxy A10s kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 529

Samsung Galaxy A10s Malaysia

Samsung Galaxy A10s yang dilancarkan awal bulan ini kini mula ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 529.

Samsung Galaxy A10s yang disasarkan kepada golongan muda dan pembeli pertama hadir sebagai pengganti kepada Galaxy A10.

Galaxy A10s kini menyusul selepas pelancaran Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ minggu lalu

Galaxy A10s Malaysia

Samsung Galaxy A10s ini hadir dengan skrin paparan IPS Infinity-V berukuran 6.2-inci dengan resolusi HD+, pemproses 8-teras, 2GB RAM,  32GB memori simpanan dalaman dan sensor capjari dibelakang (Galaxy A10 tidak mempunyai sensor capjari).

Galaxy A10s Malaysia Galaxy A10s Malaysia Camera

Bercakap mengenai kamera, Galaxy A10s hadir dengan tetapa dwi-kamera 13MP f/1.8 dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera selfie adalah unit 8MP dengan aperture f/2.0.

Galaxy A10s Malaysia Battery

Samsung Galaxy A10s hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sistem operasi OneUI yang berasaskan Android Pie.

Samsung Galaxy A10s Malaysia

Samsung Galaxy A10s ditawarkan didalam 3 warna iaitu hitam, hijau dan merah.

Beli Samsung Galaxy A10s melalui laman Samsung Malaysia atau di stor Samsung seluruh negara mulai hari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.