Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note dan Note10+ dibuka untuk pra-tempahan hari ini pada harga dari RM 3,699

Samsung Galaxy Note10 pre order malaysia

Samsung Galaxy Note dan Note10+ dibuka untuk pra-tempahan hari ini pada harga dari RM 3,699

Samsung Galaxy Note10 dan Samsung Galaxy Note10+ telah dilancarkan secara rasmi awal pagi tadi dan sebelum kami memberikan anda laporan penuh mengenai kesemua aspek penting telefon pintar ini, ini adalah maklumat pra-tempahan dan harga penjualan rasmi di Malaysia.

Samsung Galaxy Note10 akan hadir didalam satu pilihan memori simpanan dalaman iaitu 256GB dengan harga penjualan RM 3,699 manakala Galaxy Note10+ pula akan hadir didalam dua kapasiti memori dalaman iaitu 256GB Yang ditawarkan pada harga RM 4,199 dan RM 4,799 bagi versi 512GB.

Samsung Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ akan dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia mulai jam 5 petang ini , 8 Ogos 2019 sehingga 18 Ogos 2019 atau sehingga stok masih ada.

Berikut adalah tawaran istimewa bagi mereka yang membuat pra-tempahan.

Samsung Galaxy Note10 pre order malaysia

Samsung Galaxy Note 10 :
* warna : Pink ‘Aura’, Hitam ‘Aura’, Glow ‘Aura’
* Hadiah percuma bernilai RM 1,085 – Samsung Galaxy Buds, Powerbank ‘wireless’, Samsung Protection Plus.

Samsung Galaxy Note10 plus pre order malaysia
Samsung Galaxy Note10+
* warna : Putih ‘Aura’, Hitam ‘Aura’, Glow ‘Aura’
* Hadiah percuma bernilai RM 1,159 – beli versi 512GB pada harga versi 256GB, Samsung Protection Plus dan Powerbank ‘Wireless’.

Tempahan akan dibuka didalam masa lebih kurang 9 jam lagi dan anda boleh membuat pra-temapahan di www.samsung.com/my/note10preorder.

Pra-Tempahan turut dibuka melalui rakan telko dan rakan penjualan sah Samsung seperti dibawah:

Samsung Galaxy Note10 pre order malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.