Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei akan melancarkan telefon pintar dengan HongmengOS penghujung tahun ini

HongmengOS

Huawei akan melancarkan telefon pintar dengan HongmengOS penghujung tahun ini

Huawei secara rasminya akan melancarkan peranti pertama mereka dengan sistem operasi HongmengOS di China minggu ini iaitu telefon pintar Honor Smart TV.

Selain itu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa telefon pintar pertama dengan HongmengOS akan dilancarkan secara rasmi pada suku ke-4 2019 dengan sasaran utama adalah untuk menggalakan pembangun aplikasi dan pengguna ke ekosistem baru ini.

Maklumat ini telah dikeluarkan oleh Global Times yang merupakan syarikat media yang dibiayai kerajaan China dan berita ini tiba kurang sebulan selepas naib presiden Huawei mengesahkan pihak media bahawa HongmengOS tidak akan digunakan pada telefon pintar.

Sistem operasi HongmengOS ini akan dilancarkan di Huawei Developer Conference yang dijadualkan akan berlangsung pada 9 Ogos ini.

Pada permulaan, HongmengOS dijangka akan digunakan pada peranti seperti platform pemanduan automatik, alat kesihatan dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, jika Google menggantung lesen penggunaan Android pada masa hadapan, Huawei akan mengembangkan penawaran HongmengOS kepada telefon pintar.

Huawei juga dilaporkan akan melancarkan satu peranti dengan sistem operasi HongmengOS bersama-sama Huawei Mate 30 Series.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.