Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 Pro akan dilancarkan di Malaysia bulan hadapan

Honor 20 Pro Malaysia Launch

Honor 20 Pro akan dilancarkan di Malaysia bulan hadapan

Selepas sebelum ini mengesahkan bahawa Honor 20 Pro akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi, Honor Malaysia kini telah memberikan info pelancaran yang lebih spesifik.

Melalui posting di FB Honor Malaysia, adalah disahkan bahawa Honor 20 Pro akan dilancarkan dipasaran tempatan pada bulan Ogos 2019.

Telefon pintar kelas flagship dengan mata DxOMark kedua tertinggi dipasaran ini adalah sesuatu yang telah ditunggu lama khususnya selepas pelancaran Honor 20 beberapa bulan lalu.

Honor 20 Pro hadir dengan reka bentuk yang sedikit berlainan dari Honor 20 yang mana panel belakang versi Pro ini digelar sebagai ‘Dynamic Holographic’

Honor 20 Pro Malaysia

Seperti Honor 20, Honor 20 Pro turut hadir dengan skrin paparan hole punch berukuran 6.26-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.76%, pemproses Kirin 980 dengan teknologi dwi-NPU, sehingga 8GB RAM, sehingga 256GB memori simpanan dalaman dan GPU Turbo 3.0 yang menyokong hampir 25 permainan video terkemuka.

Honor 20 Pro Malaysia

Bercakap mengenai kamera, Honor 20 Pro hadir dengan kamera Sony IMX586 48MP f/1.4, satu sensor lensa lebar 16MP f/2.2, satu sensor telefoto 8MP f/2.4 yang menawarkan 3x Zoom dan sensor Macro 2MP f/2.4 . Honor 20 Pro turut disertakan dengan pemfokusan auto laser.

Honor 20 Pro moon handheld mode

Honor 20 Pro juga hadir dengan dual-OIS, AIS Super Night, AI Ultra Clarity dan mod penggambaran bulan ‘Handheld Moon Mode’ seperti pada P30 dan P30 Pro.

Honor 20 Pro Malaysia

Honor 20 Pro juga hadir dengan kamera selfie beresolusi tinggi iaitu 32MP, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan teknologi pengecasan 22.5W Honor SuperCharge.

Honor 20 Pro turut hadir dengan Magic OS 2.1, efek bunyi 9.1 Surround Sound dan teknologi penyejukan cecair Graphene Cooling Sheet.

Selain itu, Honor juga telah mengumumkan bahawa Honor 20 Pro akan turut hadir dengan jaminan waranti selama 24 bulan.

Sumber

ULASAN : Honor 20 – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.