Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X dan Honor 9X Pro kini rasmi dengan kamera utama 48MP dan selfie pop-up

Honor 9X dan Honor 9X Pro Malaysia

Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 9X dan Honor 9X Pro yang merupakan pengganti kepada Honor 8X dan juga hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan kamera selfie pop-up.

Tidak banyak yang memisahkan kedua-dua telefon terbaru Honor ini, dengan versi Pro memiliki tambahan satu kamera dan kapasiti RAM serta memori dalaman yang lebih besar.

Honor 9X dan Honor 9X Pro Malaysia

Honor 9X dan Honor 9X Pro memiliki skrin paparan FHD+ IPS LCD berukuran 6.59-inci demgan resolusi 1080 x 2340px yang memberikan nisbah skrin kepada badan yang amat tinggi iaitu 92%.

Sensor capjari Honor 9X dan Honor 9X Pro ini adalah pada sisi iaitu seperti pada Honor 20 dan Honor 20 Pro.

Nisbah ini berjaya dicapai dengan menjadikan Honor 9X dan Honor 9X Pro sebagai telefon pintar pertama syarikat untuk hadir dengan solusi kamera selfie pop-up yang mana sensornya adalah 16MP dengan f/2.2.

Honor 9X dan Honor 9X Pro Malaysia

Pada bahagian belakang, Honor 9X hadir dengan sensor utama Quad Bayer 48MP dengan aperture f/1.8 dan satu sensor kedalaman 2MP. Honor 9X Pro juga memiliki tetapan yang sama namun dengan tambahan satu sensor lensa lebar 8MP.

Honor 9X dan Honor 9X Pro Malaysia

Pada bahagian pemproses, Honor 9X dan 9X Pro hadir dengan pemproses Kirin 810 yang turut digunakan pada Huawei Nova 5 dan merupakan pemproses 7nm seperti pemproses flagship Kirin 980.

Honor 9X dan Honor 9X Pro hadir dengan EMUI 9.1 yang berasaskan Android Pie dan GPU Turbo3.0

Bercakap mengenai RAM dan memori dalaman, Honor 9X hadir dengan tiga konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 4/64GB, 6/64GB dan 6/128GB manakala Honor 9X Pro hadir dengan pilihan 8/128GB atau 8/256GB.

Honor 9X dan Honor 9X Pro Malaysia

Kedua-dua telefon pintar Honor 9X ini memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 10W melalui slot USB-C dan Honor juga menyertakan bicu audio 3.5mm.

Honor 9X dan Honor 9X Pro Malaysia

Berikut adalah harga Honor 9X dan Honor 9X Pro di pasaran China :

Honor 9X 4/64GB – CNY 1,399 (RM 836)

Honor 9X 6/64GB – CNY 1,599 (RM 955)

Honor 9X 6/128GB – CNY 1,899 (RM 1,135)

Honor 9X Pro 8/128GB – CNY 2,199 (RM 1,314)

Honor 9X Pro 8/256GB – CNY 2,399 (RM 1,434)

Honor 9X dan Honor 9X Pro dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan harga penjualan yang tidak banyak berbeza dengan harga Honor 8X ketika pelancaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.