Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 10x Zoom FC Barcelona akan dibuka untuk tempahan 21 Julai ini pada harga RM 3,999

Oppo Reno 10x Zoom FC Barcelona

Oppo Reno 10x Zoom Edisi Terhad FC Barcelona akan dibuka untuk tempahan 21 Julai ini pada harga RM 3,999

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Julai dengan pra-tempahan bagi telefon pintar ini akan dibuka esok (21 Julai 2019).

Oppo Reno 10x Zoom FC Barcelona Malaysia

Selain daripada itu, Oppo juga telah mengumumkan harga penjualan Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona ini di Malaysia iaitu RM 3,999 dan setiap pra-tempahan akan turut menerima hadiah eksklusif daripada Oppo iaitu beg galas Oppo x Barca (RM 299) dan O-Free Earphone (RM 599) dengan nilai keseluruhan RM 898.

Oppo Reno 10x Zoom edisi barcelona

Bercakap mengenai Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona ini, ianya hadir dengan kombinasi warna tradisional kelab bola sepak ini iaitu biru dan merah dengan latar belakang logo FC Barcelona yang kabur selain satu lagi ukiran logo kelab dibahagian bawah panel belakang.

Selain itu, Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona ini hadir didalam kotak khas, bekas perlindungan peranti khas, kabel pengecasan Oppo VOOC (warna biru+hitam), kad manual pengunaan didalam warna FC Barcelona dan plak pengecasan didalam warna hitam.

Oppo Reno 10x Barcelona Edition malaysia

Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona ini jugak mempunyai gambar latarbelakang eksklusif FC Barcelona, ikon seperti bola sepak, tona deringan lagu tema kelab dan bunyi stadium kelab ini.

Bercakap memberikan spesifikasi dalaman, Oppo Reno 10x Zoom edisi terhad FC Barcelona ini hadir dengan spesifikasi yang sama seperti versi Oppo Reno 10x Zoom yang biasa dengan 8GB RAM dan 256GB memori simpanan dalaman.

Tempahan boleh dibuat melalui pelbagai saluran penjualan rasmi seperti stor konsep Oppo, secara atas talian di laman rasmi Oppo Malaysia, Lazada dan Shopee.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.