Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme Malaysia umumkan slogan baru ‘Dare To Leap’ dan harga baru Realme 3 Pro

Realme Malaysia Dare To Leap

Realme Malaysia umumkan slogan baru ‘Dare To Leap’ dan harga baru Realme 3 Pro

Realme Malaysia secara rasminya telah mengumumkan slogan baru syarikat iaitu ‘Dare To Leap’ sesuai dengan aspirasi Realme untuk menjadi satu jenama yang berani melangkah ke hadapan melebihi kemampuan syarikat muda ini.

Realme Malaysia Dare to Leap

Realme Malaysia telah memperkenalkan slogan ini ke pasaran Malaysia dengan satu roadshow menarik yang memberikan anda mencuba pelbagai aktiviti menarik dari 19-21 Julai 2019.

Realme Malaysia Dare To Leap

Slogan ini mencerminkan keghairahan dan kegigihan Realme untuk menawarkan produk yang mampu memenuhi permintaan pengguna.

Roadshow yang sedang berlangsung di LG2, Blue Concourse Sunway Pyramid ini menawarkan pengunjung peluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti telefon pintar terbaru Realme dan penginapan hotel 5 bintang di Lexis Hibiscus Port Dickson.

Realme 3 Pro Malaysia

Selain itu, Realme Malaysia juga telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru Realme iaitu Realme 3 Pro kini akan mempunyai harga penjualan yang baru iaitu RM 999 iaitu bagi versi 6/128GB yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM 1,099.

Walaubagaimanapun, harga penjualan Realme 3 Pro versi 6GB/64GB masih kekal pada harga yang sama iaitu RM 899.

*harga baru ini akan berkuatkuasa mulai 22 Julai 2019

Realme Malaysia Dare To Leap

Jika anda mempunyai masa lapang hujung minggu ini, jangan lupa untuk mengunjungi pameran ‘Dare To Leap’ yang kini sedang berlangsung di Sunway Pyramid.

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.