Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei HongmengOS adalah lebih pantas dari Android dan MacOS

Huawei hongmeng os adalah lebih pantas dari Android dan MacOS

Huawei HongmengOS adalah lebih pantas dari Android dan MacOS

Selepas dikenakan penyenaraian hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat, pembangunan sistem operasi tersendiri Huawei telah dipercepatkan dan nama awal yang diperkatakan bagi sistem operasi ini adalah HongmengOS dengan nama antarabangsa pula dikatakan ArkOS.

Didalam satu temubual bersama majalah dari Perancis, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, Ren Zhengfei telah mengeluarkan kenyataan bahawa HongmengOS yang dibangunkan Huawei adalah lebih pantas dari Android dan akan turut mempunyai sokongan perpustakaan aplikasi yang meluas.

Selain itu, HongmengOS juga dikatakan boleh digunakan pada pelbagai jenis peranti termasuk router, tablet, komputer, pusat data, telefon pintar dan banyak lagi.

Selain itu, Ren Zhengfei juga berkata bahawa HongmengOS adalah lebih pantas dari Apple MacOS iaitu waktu pemprosesan 5 saat.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei ini juga berkata walaupun AS telah mengumumkan kebenaran untuk menyambung semula hubungan perdagangan antara syarikat di AS dengan Huawei, pembangunan HongmengOS akan tetap diteruskan.

Huawei P30 dan P30 Pro kini ditawarkan pada harga dari RM 2,299 sahaja

Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i dilancarkan dengan teknologi quad-kamera dan Kirin 810

Samsung Galaxy A80 dengan kamera berputar kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 2,499 sahaja

Shopee umumkan program pulangan tunai apabila perkhidmatan Google tidak berfungsi pada peranti Huawei

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.