Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 7A akan ditawarkan mulai 7 Julai dengan harga RM 459

Xiaomi Redmi 7A akan ditawarkan mulai 7 Julai dengan harga RM 459

Shopee Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru Redmi 7A akan mula ditawarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Redmi 7A ini akan ditawarkan mulai 7 Julai pada harga RM 459 dan pembelian boleh dibuat melalui stor global Xiaomi di Shopee.

Redmi 7A hadir dengan skrin paparan 18:9 dengan resolusi HD+ (1440 x 720) berukuran 5.45-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 439, 3GB RAM dan 32GB memori dalaman.

Selain itu, Redmi 7A juga hadir dengan tetapan kamera 12MP dibahagian belakang manakala kamera dihadapan adalah 5MP.

Redmi 7A juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 5V/2A.

Penjualan pertama Redmi 7A didalam kuantiti yang terhad ini akan berlangsung pada 7 Julai tepat jam 12 tengah malam) sempena penjualan Shocking Sale pada kempen 7.7 Orange Madness 

Harga penjualan Redmi 7A ini adalah RM 459 dan anda juga boleh menikmati diskaun tambahan RM 10 dengan pembelian RM 150 dan ke atas di Xiomi Global Store apabila menggunakan kod XIAOMI707.

Dapatkan maklumat lanjut di https://shopee.com.my/xiaomiglobal.os

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.