Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei keluarkan senarai penuh model yang menerima kemaskini EMUI 9.1

Selepas mengesahkan bahawa siri Huawei Mate 20 akan menerima kemaksini EMUI 9.1 yang terbai mulai 27 Jun, Huawei kini telah mengumumkan senarai penuh telefon pintar Huawei yang akan menerima kemaksini terbaru ini.

huawei Kemaksini EMUI 9.1 dengan Android Pie ini akan ditawarkan secara berperingkat mulai sekarang sehingga Ogos.

Kemaskini EMUI 9.1 ini membawakan beberapa ciri baru dan ianya tidak sama bagi setiap model.

Ciri video ketika panggilan diterima dan GPU Turbo 3.0 akan ditawarkan kepada semua model yang tersenarai.

Huawei OneHop – Siri Huawei Mate dan Huawei P Sahaja

Mod gambar ‘Moon Mode’ – Huawei Mate 20 Pro dan Mate 20X

Huawei Vlog – Siri Huawei Mate, Huawei P, Nova 4 dan Nova 3

EROFS – Semua model kecuali Y9 2018 dan Nova 3e

Berikut adalah jangka masa kemaskini EMUI akan tiba kepada pengguna :

12 Jun 2019 – Huawei Nova 3e & Huawei Y9 2018

27 Jun 2019 – Semua Model Siri Huawei Mate 20

Julai 2019 – Huawei P20, P20 Pro, Nova 3, Nova 3i, Nova 4, Nova 4e, Mate 10, Mate 10 Pro, Mate 10 RS Porsche Design, Mate 9, Mate 9 Pro, Mate 9 RS Porsche Design, Y9 2019, Y6 Pro 2019 & Y5 2019

Ogos 2019 – Huawei Mate RS Porsche Design, Huawei P10 & Huawei P10 Plus

Cara untuk mendapatkan kemaskini EMUI 9.1 ini adalah dengan mendaftar di aplikasi HiCare.

Info selanjutnya sila melayari https://www.huawei.com/my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.