Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 9T dilancarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,099 sahaja

Xiaomi Malaysia secara rasminya telah melancarkan satu lagi telefon pintar didalam siri Mi 9 iaitu Mi 9T.

Mi 9T merupakan model antarabangsa bagi Redmi K20 yang telah dilancarkan bersama-sama Redmi K20 Pro dipasaran China beberapa minggu lalu.

Mi 9T ini  hadir dengan panel skrin OLED berukuran 6.39-inci yang memiliki resolusi FHD+ dan sensor capjari terbina pada skrin.

Mi 9T  hadir dengan Snapdragon 730 yang merupakan telefon pintar kedua untuk hadir pemproses 8nm,6GB RAM dan 64GB/128GB memori simpanan dalaman.

Bercakap mengenai kamera, Mi 9T akan memiliki kamera 48MP Sony IMX586, sensor kanta lebar 13MP dan sensor telefoto 8MP. Kamera ini juga membawakan rakaman video gerak perlahan 960fps.

Kamera selfie Mi 9T adalah unit kamera AI 20MP dengan mekanisma kamera terangkat.

Xiaomi Mi 9T juga dijangka hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 18W.

Xiaomi Mi 9T akan ditawarkan untuk pra-tempahan mulai 20 Jun di Lazada pada harga RM 1,099 (“add to wishlist di akaun Lazada”).

Add to wish list di SINI

Walaubagaimanapun, harga Mi 9T mulai 25 Jun adalah RM 1,199

Selain itu, Mi 9T juga akan hadir didalam 6GB+128GB memori dalaman yang akan ditawarkan pada harga RM 1,399.

Mengulas mengenai status penawaran Redmi K20 Pro atau Xiaomi Mi 9T ke pasaran Malaysia, pihak Xiaomi Malaysia mengesahkan bahawa terdapat perancangan untuk membawa masuk model ini ke pasaran Malaysia namun masih belum ada sebarang tarikh diketahui.

Gambar Mi 9T akan dimuat turun dibawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.