Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee lancarkan perkhimatan penghantaran ekspres dalam masa 24 jam dan kempen 7.7 Orange Madness

Shopee Malaysia telah mengumumkan satu perkhimatan penghantaran ekspres hari berikutnya yang dikenali sebagai Shopee24 Express Delivery.

Penghantaran Shopee24 ini menjamin penghantaran hari berikutnya dengan syarat pembelian dibuat sebelum pukul 2 petang (kecuali hari Ahad dan Cuti Umum).

Jika Shopee tidak berjaya untuk menghantar barang yang anda beli pada hari berikutnya, kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh Shopee (untuk pembelian berikut).

Shopee24 kini ditawarkan bagi lebih 10,000 barangan (dikenal pasti dengan label Shopee24) berjenama seperti Nescafe, Dutch Lady, Dypers, Dove, Dettol, Khind, Philips dan banyak lagi namun setakat ini hanya ditawarkan untuk pengguna di Lembah Klang.

Selain itu, pada pelancaran Shopee24 ini, Shopee juga telah mengumumkan penjualan khas Shopee 7.7 Orange Madness yang akan berlangsung dari 24 Jun sehingga 7 Julai 2019.

Antara promosi menarik yang akan diadakan sempena Shopee 7.7 Orange Madness adalah seperti berikut :

  1. Jualan Kilat Shocking Sale RM 0.77
  2. Hadiah Terjamin “One or Not”? RM 1
  3. Penghantaran percuma – pembelian minimum RM 27.
  4. Baucar bernilai RM 7 Juta untuk di menangi
  5. Shopee Quiz – 2 juta Shopee Coins untuk dimenangi.

Selain itu, francis Dunkin’ Donut telah menjadi sebahagian dari Shopee mulai 27 Jun dan sempena pembukaan ini, Dunkin’ Donut akan menawarkan tiga donut pada harga RM 7.70 sahaja.

Jangan lupa untuk menikmati pelbagai diskaun dan tawaran menarik dari Shopee sempena 7.7 Orange Madness mulai 24 Jun ini.

Maklumat lanjut layari : www.shopee.com.my/m/7-7

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.