Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 10x Zoom kini dilancarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,399

Oppo Reno 10x Zoom kini dilancarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,399 1

Oppo Reno 10x Zoom adalah telefon pintar kelas flagship terbaru Oppo yang hadir dengan teknologi kamera 13MP yang memiliki lensa persikop membolehkan Oppo Reno ini kebolehan zoom 10x lossess hibrid.

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Oppo Reno 10x Zoom kini dilancarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,399 2

Selain itu, tetapan kamera belakang Oppo Reno 10x Zoom ini dilengkapi dengan satu sensor 48MP f/1.7 dan saru sensor lensa lebar 120 darjah pada resolusi 8MP.

Kamera selfie juga memperkenalkan modul kamera terangkat yang baru dan diberikan gelaran ‘shark fin’ dan ianya memiliki resolusi 16MP f/2.0 dengan lensa 79.3 darjah.

Oppo Reno 10x Zoom kini dilancarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,399 3

Dengan pengunaan kamera selfie terangkat Shark Fin, Oppo berjaya menempatkan skrin paparan FHD+ tanpa takukan 100% berukuran 6.6-inco dengan nisbah skrin kepada rangka 93.1% dan tidak lupa sensor capjari terbina dalam skrin.

Pada bahagian dalaman, Reno edisi 10x Zoom memiliki pemproses Snapdragon 855, 8 RAM dan 256GB memori dalaman.

Oppo Reno 10x Zoom kini dilancarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,399 4

Oppo 10x Zoom juga hadir dengan sistem operasi ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie, pembesar suara stereo Dolby Atmos, teknologi penyejukan cecair dan bateri berkapasiti 4,065mAh yang turut menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 ( tiada super VOOC).

Oppo Reno 10x Zoom kini dilancarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,399 5

Oppo Reno 10x Zoom  akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hijau dan hitam dengan harga penjualan RM 3,399.

Oppo Reno 10x Zoom kini dilancarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,399 6

pra-tempahan Oppo Reno 10x Zoom ini akan dibuka mulai (esok) 28 Mei sehingga 6 Jun 2019 dan anda akan menerima pakej hadiah percuma bernilai RM 877.

Oppo Reno 10x Zoom kini dilancarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,399 7

Setiap pra-tempahan Oppo Reno 10x Zoom ini akan menerima satu pengstabil gimbal telefon pintar bernilai RM 599, waranti  tambahan selama setahun dan waranti perlindungan skrin selama setahun yang bernilai RM 139 setiap satu.

Pra-tempahan akan dibuka pada jam 1 petang hari ini dan anda boleh melakukan tempahan di Lazada, Shopee, stor  konsep Oppo dan banyak lagi.

pra-tempah Oppo Reno 10x Zoom di Lazada

pra-tempah Oppo Reno 10x Zoom di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.