Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Y17 versi 4GB/64GB kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799 sahaja

Vivo Malaysia sebelum ini telah menawarkan Vivo Y17 yang memiliki bateri 5,000mAh pada harga RM 999.

Jika anda merasakan ianya mempunyai harga yang tinggi, Vivo kini telah mengumumkan satu lagi versi Vivo Y17 yang lebih murah iaitu hanya RM 799.

Vivo Y17 ini mempunyai semua persamaan dengan versi sebelum ini kecuali dengan 64GB memori dalaman sahaja.

 

Vivo Y17 ini menjadi telefon pintar pertama Vivo didalam siri Y untuk hadir dengan teknologi tri-kamera AI dan tidak lupa juga bateri berkapasiti 5,000mAh.

Vivo Y17 ini juga hadir dengan skrin paparan Halo FullView FHD+ berukuran 6.35-inci yang mempunyai nisbah skrin kepada badan 89%, pemproses MediaTek MT6765, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Vivo Y17 juga hadir dengan tetapan kamera utama 13MP+ sensor lensa lebar 8MP+ sensor depth 2MP dan kamera selfie 20MP.

Vivo Y17 versi 4GB/64GB ini juga hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru dan merah dan anda akan menerima  lampu meja LED secara percuma.

Harga penjualan Vivo Y17 ini adalah RM 799 dan pembelian turut boleh di buat di stor online Vivo

Beli Vivo Y17 melalui Lazada Malaysia di SiNi

Beli telefon pintar Vivo dan menangi percutian ke destinasi pilihan anda

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.