Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Beli telefon pintar Vivo dan menangi percutian ke destinasi pilihan anda

Beli telefon pintar Vivo dan menangi percutian ke destinasi pilihan anda 1

Vivo Malaysia telah mengumumkan satu pertandingan yang membolehkan anda memenangi percutian ke destinasi-destinasi menarik di seluruh dunia.

Pertandingan “Travel Around The World With Vivo” ini dianjurkan sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi dan cara penyertaan adalah sangat mudah dan boleh disertai dengan mana-mana pembelian telefon pintar Vivo.

Beli telefon pintar Vivo dan menangi percutian ke destinasi pilihan anda 2

Hadiah utama pertandingan ini adalah percutian selama 6hari 5malam ke destinasi pilihan mereka di Jepun, China, Korea, Mesir, Turki, India, Mekah, Crotia, Jerman, Greece, Australia atau Itali.

Penyertaan adalah mudah dengan pembelian telefon pintar melalui mana-mana wakil penjual sah (tidak termasuk melalui Telko) dan hantarkan nombor IMEI telefon pintar baru anda ke akaun rasmi WeChat Vivo Malaysia.

Setiap pemenang bertuah akan menerima satu pasang tiket ke destinasi percutian pilihan mereka dan turut terdapat pelbagai hadiah wang tunai dengan nilai keseluruhan bernilai RM 40,000 termasuk 3x hadiah pertama iaitu wang tunai RM 1,888.

Pelanggan yang membeli telefon pintar Vivo melalui wakil penjual sah akan diberikan kod QR untuk di imbas dan anda kemudian perlu menghantar nombor IMEI tersebut ke akaun WeChat Vivo Malaysia dari 25 Mei sehingga 9 Jun 2019.

Beli telefon pintar Vivo di https://www.vivostore.com.my atau melalui wakil penjual sah berdekatan anda di www.bit.ly/WhereToBuyVivo

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.