Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengalaman buka kotak Realme C2 yang kini ditawarkan di Malaysia

Telefon pintar kelas ‘entry-level’ terbaik di pasaran iaitu Realme C2 telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 429 sahaja.

Realme C2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 429

Penjualan Realme C2 di Malaysia telah bermula sejak 18 Mei yang lalu dengan penjualan secara atas talian di platform Shopee pula telah bermula sejak 21 Mei 2019.

Realme Malaysia telah memberikan kami satu unit Realme C2 yang mana ianya membolehkan kami melakukan ‘upacara’ atau ‘majlis’ pembukaan kotak telefon pintar mampu milik terbaru Realme ini.

Kotak pembungkusan Realme C2 ini hadir dengan skema warna dan logo Realme yang baru iaitu sejak pelancaran Realme 3 disusuli dengan Realme 3 Pro.

Walaubagaimanapun Kotak Realme C2 ini hadir dengan warna kuning sepenuhnya pada bahagian luar dengan warna kelabu dibahagian dalam (Realme 3 dan Realme 3 Pro hadir dengan kelabu diluar dan kuning didalam).

Berikut adalah spesifikasi Realme C2 yang meletakkanya sebagai telefon pintar terbaik kelas ‘entry level’ :

Reka bentuk : potongan berlian dengan kemasan matte

Skrin Paparan : HD+ 6.1-inci (1560 x 720) dengan nisbah skrin kepada badan 89.35% dan turut dilapis gelas perlindungan Corning Gorilla Glass.

Pemproses : MediaTek Helio P22 berkelajuan 2.0GHz

RAM+ROM : 2GB/16GB , 3GB/32GB

Bateri : 4,000mAh

Kamera : 13MP+2MP , Chroma Boost, mod bokeh, video gerak perlahan

Kamera selfie : 5MP

Slot : Dwi-SIM (Nano) + MicroSD

Warna : hitam , biru

Harga : RM 429 – RM 499

Dengan pembukaan kotak sahaja, Realme akan menyambut anda dengan kata-kata pendahuluan sebagai ahli terbaru keluarga Realme.

Pada kotak ini, terdapat buku pengunaan manual namun tidak kelihatan bekas palstik silikon bagi Realme C2 ini.

Realme C2 hadir dengan dua pilihan warna iaitu biru dan hitam dimana ianya memiliki reka bentuk potongan berlian dengan kemasan matte yang mana amat kami sukai (bahan utama masih plastik).

Kelebihan kemasan matte daripada kemasan yang berkilau adalah tidak akan ada sebarang kesan capjari yang ditinggalkan pada panel belakang peranti ini.

Selepas itu, anda akan dapat melihat telefon pintar terbaru Realme anda iaitu C2 yang dilapik dengan plastik dan Realme harus diberikan pujian kerana skrin paparan ini telah dilapisi dengan filem perlindungan skrin yang tahan lasak dan berkualiti tinggi.

Selain itu, Pakej pembungkusan kotak Realme C2 ini disudahi dengan satu wayar microUSB dan plak pengecasan Realme yang memiliki output 5V/2A (tiada sokongan pengecasan pantas disertakan pada telefon pintar ini).

Di mana anda boleh beli Realme C2

Realme C2 kini telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 429 bagi versi 2GB/16GB dan RM 499 bagi versi 3GB/32GB.

Beli Realme C2 di Shopee di > Realme C2 Shopee

Pembelian Realme C2 ini boleh dibuat di Shopee atau melalui wakil penjual sah Realme di seluruh negara.

Tontoni video ‘unboxing’ Realme C2 di bawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.