Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei dilaporkan telah kehilangan akses kesemua perkhidmatan Google termasuk Play Store

Huawei dilaporkan telah kehilangan akses kesemua perkhidmatan Google termasuk Play Store 1

Google dilaporkan telah menggantung operasi perniagaan bersama Huawei berkuat kuasa serta merta yang mungkin mengakibatkan implikasi teruk kepada peranti Huawei di seluruh dunia (kecuali China).

Menurut Reuters, sumber terdekat dengan perkara ini memaklumkan bahawa Google dipaksa menggantungkan kerjasama dengan Huawei yang memerlukan pengunaan produk dan perisian Android.

Dengan penggantungan ini, Huawei dilaporkan akan kehilangan akses serta merta kepada kemaskini sistem operasi Android yang terkini dan generasi seterusnya manakala peranti Huawei di luar China akan juga kehilangan akses kepada aplikasi dan perkhidmatan popular daripada Google seperti Gmail dan Play Store.

Ini bermaksud, peranti Huawei seperti Huawei P30, P30 Pro, Mate 20 Pro dan banyak lagi tidak akan menerima kemaksini keselamatan bulanan Android selepas ini.

Tindakan Google ini dikuatkuasakan selepas kerajaan Amerika Syarikat menyenarai hitqm Huawei dan 68 entiti berkaitan selepas satu arahan eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden America Syarikat Donald Trump.

Dengan penggantungan ini, Huawei juga dilarang membeli sebarang komponen dari syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat tanpa kebenaran kerajaan.

Walaupun penggantungan ini adalah sesuatu yang tidak dijangka akan terjadi, Huawei memang telah bersedia untuk senario seperti ini dengan membangunkan aplikasi seperti Huawei App Gallery ( sama seperti Google Play Store).

Ini adalah satu senario buruk bagi Huawei yang kini bergelar syarikat pengeluar telefon pintar No.2 dunia.

Buat masa ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Huawei berkaitan penggantungan ini

#kemaskini : telefon pintar Huawei yang kini telah berada di pasaran tidak terjejas namun mungkin tidak menerima kemaskini terkini Android

sumber

Qualcomm, Intel dan Broadcom turut memutuskan hubungan perniagaan dengan Huawei

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.