Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Honor 20 boleh di pra-tempah mulai 24 Mei, hadiah percuma bernilai RM 500

#kemaskini : pra-tempahan Honor 20 telah ditunda kerana masalah logistik, tarikh pra-tempahan baru dijangka akan diumumkan pada hari pelancaran di Malaysia (23 Mei)

Honor baru sahaja mengesahkan bahawa Siri Honor 20 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 23 Mei ini.

Honor dijangka akan memperkenalkan Honor 20 dan Honor 20 Pro ke pasaran Malaysia dan kedua-dua telefon pintar ini akan hadir dengan tetapan 4 kamera dibelakang.

Mira Filzah di lantik sebagai duta rasmi Honor 20 ‘Wonder Girl’

Kini tiba satu lagi berita bahawa Honor 20 akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 24 Mei iaitu sehari selepas pelancaran rasmi di Malaysia.

Honor 20 dan Honor 20 Pro akan dilancarkan di Malaysia 23 Mei ini

Pra-tempahan Siri Honor 20 ini membolehkan anda menerima beg galas Honor, pembesar suara Honor SoundStone dan Honor Band 4 secara percuma.

Hadiah bernilai RM 500 ini boleh dimenangi dengan melakukan tempahan mulai 24 Mei tepat jam 10 pagi di semua stor Honor dan SenQ (sehingga 28 Mei).

Penjualan rasmi siri Honor 20 akan bermula pada 29 Mei.

Maklumat spesifikasi Honor 20 ni masih belum diketahui namun semua akan didedahkan pada pelancaran rasmi global pada 21 Mei ini.

Telefon pintar flagship Redmi K20 akan dilancarkan dengan skrin AMOLED, Snapdragon 855 dan tri-kamera

Realme X dilancarkan dengan skrin AMOLED dan Kamera 48MP pada harga sekitar RM 909 sahaja

ULASAN : Honor 20 Lite – telefon pintar tri-kamera pertama Honor dengan harga RM 949 sahaja

Oppo Reno akan dibuka untuk pra-tempahan 18 Mei ini dengan hadiah percuma bernilai RM 437

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.