Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 dan Honor 20 Pro akan dilancarkan di Malaysia 23 Mei ini

Anda pasti sudah sedia maklum bahawa pelancaran global siri telefon pintar Honor 20 akan diadakan di London pada 21 Mei ini.

Honor kini telah mengesahkan bahawa Siri Honor 20 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 23 Mei ini.

Honor dijangka akan memperkenalkan Honor 20 dan Honor 20 Pro ke pasaran Malaysia dan kedua-dua telefon pintar ini dijangka akan hadir dengan tetapan 4 kamera dibelakang.

Dengan teknologi kamera yang hebat pada kedua-dua model ini, Siri Honor 20 dijangka akan menduduki kedudukan tertinggi DxOMark dan ianya mungkin dibawah Huawei P30 Pro.

Pelancaran dua model siri Honor 20 ini menyusul selepas pelancaran Honor 20 Lite bulan lalu.

Selain itu, majlis pelancaran ini juga akan menyaksikan penampilan pertama Mira Filzah sebagai duta siri Honor 20 atau Honor 20 ‘Wonder Girl’.

Mira Filzah di lantik sebagai duta rasmi Honor 20 ‘Wonder Girl’

https://mobilefokus.com/2019/05/16/siri-honor-20-boleh-di-pra-tempah-mulai-24-mei-hadiah-percuma-bernilai-rm-500/

Dapat info lanjut di Honor Malaysia Facebook.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.