Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno akan dibuka untuk pra-tempahan 18 Mei ini dengan hadiah percuma bernilai RM 437

Oppo sebelum ini telah mengesahkan bahawa Oppo Reno akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Mei 2019 sebelum pelancaran Oppo Reno 10x Zoom pada 27 Mei 2019.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki telefon pintar ini, Oppo Malaysia kini telah mengesahkan bahawa Oppo Reno akan dibuka untuk tempahan mulai 17 Mei sehingga 27 Mei dengan harga penjualan akan diumumkan esok 16 Mei 2019.

Oppo Reno edisi 10x Zoom akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Mei ini

Bagi yang membuat pra-tempahan ini, anda akan menerima bekas ‘smart battery’ bernilai RM 199, jaminan waranti tambahan selama setahun dan jaminan waranti perlindungan skrin bernilai RM 238.

Bercakap mengenai Oppo Reno ini, ianya adalah versi biasa Oppo Reno yang tidak memiliki teknologi kamera periskop namun kekurangan ini ditebus dengan penawaran sensor dwi-kamera 48MP + 5MP yang turut memiliki mod penggambaran malam Ultra Night 2.0.

Selain itu, Oppo Reno ini akan turut memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci dengan nisbah skrin kepada badan 90.1%, pemproses Snapdragon 710, kapasiti RAM sehingga 8GB selain memori simpanan dalaman sehingga 256GB.

Oppo Reno ini juga hadir dengan kamera selfie 16MP dengan mekanisma selfie meluncur ‘shark-fin’ yang unik dan bateri berkapasiti 3,765mAh dengan sokongan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0

Pra-tempahan akan dibuka di stor konsep Oppo Malaysia, wakil penjual sah, stor atas talian rasmi Oppo, Stor Oppo di Lazada dan Stor Oppo di Shopee.

Comments

comments