Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vivo V15 pada harga serendah RM 1 melalui pelan Maxis One

Maxis Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru Vivo iaitu V15 kini ditawarkan melalui pelan pascabayar Maxis One dengan bayaran serendah RM 1 sahaja.

Maxis menawarkan Vivo V15 melalui 4 pelan Maxis One yang hadir dengan komitmen bulanan berbeza.

Bagi mendapatkan Vivo V15 pada harga RM 1, anda harus melanggan pelan MaxisOne 188.

Tiga pelan yang lain menawarkan Vivo V15 dengan harga yang menarik seperti berikut :

MaxisOne 98 – Vivo V15 RM 699

MaxisOne 128 – Vivo V15 RM 599

MaxisOne 158 – Vivo V15 RM 199

MaxisOne 188 – Vivo V15 RM 1

Sebagai perbandingan, Vivo V15 ditawarkan pada harga penjualan RM 1,299 jika anda ingin membeli tanpa sebarang pelan atau kontrak dengan syarikat telekomunikasi.

Buat masa ini Vivo V15 ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu biru dan merah namun pada 13 Mei, Vivo V15 edisi merah jambu akan dilancarkan dengan kerjasama SimplySiti.

maklumat lanjut di > Vivo V15 Maxis One

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.