Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo berjaya menjual 23.2 juta unit telefon pintar pada 3 bulan pertama 2019

Vivo berjaya menjual 23.2 juta unit telefon pintar pada 3 bulan pertama 2019 1

The International Data Corporation (IDC) baru-baru ini telah mengeluarkan statistik penjualan telefon pintar bagi suku pertama tahun 2019

Laporan IDC bagi suku pertama 2019 ini menunjukkan bahawa pengeluar telefon pintar dari China iaitu Vivo merupakan salah satu syarikat yang mencatatkan penjualan tertinggi di antara 5 pengeluar telefon pintar terbaik dunia.

Vivo telah menjual sebanyak 23.2 juta unit telefon pintar pada suku pertama 2019 iaitu peningkatan sebanyak 24% berbanding suku pertama 2018 dimana 18.7 juta unit telefon pintar.

Secara keseluruhan, penjualan telefon pintar pada suku pertama 2019 telah mencatakan penurunan sebanyak 6.6% berbanding suku pertama 2018 iaitu dari 332.7 juta unit kepada 310.8 juta unit sahaja.

Walaubagaimanapun Vivo merupakan salah satu syarikat yang berjaya mencatat pertumbuhan positif pada suku pertama 2019 ini.

Huawei merupakan salah satu lagi syarikat yang berjaya mencatakan peningkatan penjualan dengan jumlah jualan adalah 59.1 juta unit iaitu peningkatan sebanyak 50.3% berbanding suku pertama 2018 (39.3 juta unit).

Berdasarkan laporan terbaru IDC ini juga menyaksikan penjualan Apple iPhone jatuh sebanyak 30.2% berbanding suku pertama 2018 iaitu dari 52.2 juta unit kepada 36.4 juta unit.

ULASAN : Honor 20 Lite – telefon pintar tri-kamera pertama Honor dengan harga RM 949 sahaja

Vivo V15 warna merah jambu akan dilancarkan tidak lama lagi

Huawei Mate 20 X dan Mate 20 Pro kini ditawarkan pada harga serendah RM 2,599 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.