Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme X akan dilancarkan secara rasmi 15 Mei ini

 

Anak syarikat Oppo iaitu Realme nampaknya akan memasuki pasaran China dengan pelancaran telefon pintar Realme X pada 15 Mei 2019.

Pengesahan ini telah diberikan sendiri oleh Realme melalui akaun Weibo rasmi mereka.

Selain Realme X, syarikat ini dijangka akan turut memperkenalkan Realme X Lite yang akan hadir dengan harga penjualan yang lebih murah.

Realme X nampaknya akan hadir dengan reka bentuk seperti Oppo F11 Pro dengan kamera selfie terangkat.

Selain daripada itu,maklumat spesifikasi dalaman telefon pintar terbaru Realme ini masih belum diketahui.

Pelancaran rasmi Realme X ini akan berlangsung pada 15 Mei 2019 iaitu sehari selepas pelancaran Realme 3 Pro di Malaysia (14 Mei 2019).

ULASAN : Realme 3 – Teknologi kamera dan reka bentuk premium pada harga serendah RM 599

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.