Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 3 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 14 Mei 2019

Realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru mereka iaitu Realme 3 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 14 Mei 2019.

Mengulas kembali mengenai Realme 3 Pro ini, ianya hadir dengan reka bentuk gradiasi yang diinspirasikan dari litar lumba Le-Mans.

Beralih kepada skrin paparan, Realme 3 Pro hadir dengan skrin paparan dew-drop berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ yang dilapisi Gorilla Glass 5, pemproses Snapdragon 710 AEI , Adreno 616, dua pilihan RAM iaitu 4GB/6GB/ dengan dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64G atau 128GB.

Bercakap mengenai kamera, Realme 3 Pro hadir dengan tetapan kamera utama 16MP f/1.7 Sony IMX519 yang digandingan dengan sensor 5MP f/2.4 dengan sokongan mod Chroma Boost, Night Scape dan Ultra HD (gambar beresolusi 64MP).

Realme 3 pro juga memiliki kamera selfie 25MP yang hadir dengan mod kecantikan AI dan banyak lagi.

Selain itu, Realme 3 Pro juga hadir dengan rakaman video gerak perlahan 960fps (720p), rakaman video 4K dengan kebolehan mengedit video.

Realme 3 Pro akan hadir dengan ColorOS 6.0 berasaskan Android Pie, mod gaming HyperBoost 2.0 dan pembesar suara yang 2x lebih kuat.

Realme 3 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,045mAh(15.6% lebih tinggi kapasiti berbanding Realme 2 Pro) dengan moc CABC dan pengecasan pantas VOOC 3.0 yang mana pengecasan penuh hanya mengambil masa 80 minit. (Anda juga boleh bermain permainan video ketika pengecasan dan masih mencapai tahap pengecasan yang sama).

Realme 3 Pro dijangka akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu ungu, biru dan hitam.

Harga penjualan masih belum diumumkan namun ianya dijangka hampir dengan harga penjualan di India seperti berikut :

Realme 3 Pro 4GB/64GB – Rs 13,999 (RM 833)

Realme 3 Pro 6GB/128GB Rs 16,999 (RM 1,009)

Selain Realme 3 Pro, kita mungkin turut menyaksikan pelancaran Realme C2 di Malaysia pada hari yang sama.

https://mobilefokus.com/2019/03/25/ulasan-realme-3-teknologi-kamera-dan-reka-bentuk-premium-pada-harga-rm599-malaysia/

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.