Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

UMobile kini menawarkan program percubaan rangkaian 4G percuma 7 hari dan pembelian telefon pintar pada harga 99 sen

U Mobile Malaysia secara rasminya telah mengumumkan kempen #UcubaTry yang memberikan pengguna mencuba rangkaian 4G UMobile secara percuma dengan jaminan pengembalian wang selama 7-hari.

Kempen #UcubaTry membolehkan anda melanggan pelan pascabayar UMobile Unlimited Hero P99 yang menawarkan anda panggilan dan internet tanpa had selain 30GB hotspot percuma.

Jika anda tidak berpuas hati dengan rangkaian 4G UMobile ini, anda boleh memohon untuk pengembalian wang tunai didalam masa 7 hari dan wang anda akan dikembalikan semula dalam tempoh 14 hari bekerja.

Selain kempen #UCubaTry, UMobile juga telah mengumumkan pelanggan baru yang beralih kepada rangkaian UMobile akan menerima rebat RM 120 (RM 10 sebulan untuk 12 bulan) dengan langganan pelan Hero P79, Hero P99 dan Hero P139.

Kedua-dua kempen ini adalah sehingga 31 Oktober 2019.

Lebih menarik, UMobile juga telah mengumumkan pembelian telefon pintar pada harga RM 0.99 sen sahaja dan ianya boleh dinikmati dengan langganan pelan Hero UMobile seperti berikut :

Hero P79 – Samsung Galaxy A20 32GB

Hero P99 – Samsung Galaxy A20 32GB @ Samsung Galaxy A30 64GB

Hero P139 – Apple iPhone 6s 32GB, Oppo F11 Pro 64GB, Samsung Galaxy A20 32GB, Galaxy A30 64GB , Samsung Galaxy A50 128GB

maklumat lanjut di : UMobile

Realme 3 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan spesifikasi kelas flagship dengan harga serendah RM 833

Realme C2 dilancarkan secara rasmi dengan harga serendah RM 356 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.