Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V15 Pro versi 6GB kini lebih murah iaitu hanya RM 1,699

Vivo V15 Pro versi 6GB kini lebih murah iaitu hanya RM 1,699 1

Selepas pelancaran Vivo V15 Pro versi 8GB RAM di Malaysia yang telah mula dijual sejak 20 April yang lalu, Vivo Malaysia dilihat telah mengurangkan harga penjualan Vivo V15 Pro versi 6GB.

Vivo V15 Pro versi 6GB pada mulanya ditawarkan pada harga RM 1,799 namun dengan harga penjualan versi 8GB ditetapkan pada harga RM 1,899, Vivo V15 Pro versi 6GB RAM kini ditawarkan pada harga RM 1,699 sahaja.

Tinjauan kami di stor rasmi Vivo Malaysia di Lazada mendapati Vivo V15 Pro versi 6GB disenaraikan dengan harga penjualan RM 1,699 namun kehabisan stok dan terdapat kod bauchar diskaun RM 100 menjadikan harga akhir RM 1,599 sahaja (kod : LZDVV15)

Perbezaan antara kedua-dua versi ini adalah kapasiti RAM sahaja manakala memori simpanan dalaman adalah sama iaitu 128GB.

Menyentuh sedikit spesifikasi Vivo V15 Pro ini, ianya hadir dengan kamera selfie terbaik dunia iaitu dengan resolusi 32MP yang mana ianya hadir dengan mekanisma kamera terangkat.

Vivo V15 Pro ini turut memiliki skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.39-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.64%, dan pemproses Snapdragon 675 AEI.

Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang dengan sensor utama 48MP yang disertakan bersama satu sensor lensa lebar 8MP dan sensor bokeh 5MP.

Vivo V15 Pro juga mempunyai bateri berkapasiti 3,700mAh dengan pengecasan pantas ‘dua-engine’, sensor capjari pada skrin dan Funtouch OS yang berasaskan Android Pie.

https://mobilefokus.com/2019/04/20/ulasan-redmi-note-7-telefon-pintar-dengan-kamera-48mp-termurah-di-malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.