Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Redmi Note 7 – telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 1

Pengenalan

Redmi Note 7 merupakan model pertama Redmi sejak Xiaomi memutuskan bahawa Redmi akan hadir sebagai satu syarikat yang berasingan.

Redmi hadir dengan sasaran untuk menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi yang baik pada harga mampu milik walupun Xiaomi memang terkenal didalam penawaran telefon pintar yang terbaik pada harga rendah.

Redmi Note 7 mempunyai kualiti reka bentuk yang premium dengan ciri-ciri utama yang hangat diperkatakan adalah penawaran sensor kamera 48MP.

Dengan reputasi dan spesifikasi yang baik di atas kertas, kami telah memutuskan untuk menguji sendiri telefon pintar terbaru Xiaomi Redmi Note 7 ini.

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 2

Reka bentuk

Redmi Note 7 hadir dengan bahasa reka bentuk yang sudah sinonim di pasaran sejak tahun lalu lagi dan Redmi juga memberikan kepastiaan bahawa telefon pintar Redmi ini telah melalui proses pengilangan yang sama seperti telefon premium Xiaomi.

Redmi juga sangat yakin dengan kualiti Redmi Note 7 ini sehingga berani menawarkan jaminan waranti 18-bulan bagi telefon Redmi Note 7 yang dijual di Malaysia ( tempoh waranti sama seperti di China).

Redmi Note 7 hadir dengan reka bentuk panel belakang gradiasi yang sangat premium dan kedua-dua panel hadapan dan belakang turut disertakan dengan gelas keselamatan Corning Gorilla 5 dengan ketebalan 0.8mm.

Pada bahagian belakang terdapat penjamaan Redmi dengan tulisan kecil daripada Xiaomi selain sensor capjari.

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 3

Skrin paparan

Redmi Note 7 hadir dengan panel skrin waterdrop berukuran 6.3-inci. Ianya adalah pane IPS LCD yang memiliki resolusi FHD+ 1080 x 2340 piksel dengan kepatan piksel berada pada 409ppi.

Bezel sisi Redmi Note 7 ini adalah nipis namun bibir atas dan bawah telefon pintar ini sedikit tebal namun tidak banyak yang boleh kita perkatakan mengenai reka bentuk pada peranti dengan tahap harga serendah RM 679 ini.

Saiz takukan titisan air adalah kecil cukup-cukup untuk menempatkan sensor kamera dan disebabkan ini, lampu notifikasi LED telah dipindahkan ke bahagian bawah yang mana anda hanya akan tahu kewujudanya apabila ianya menyala.

Nisbah skrin kepada badan yang dimiliki oleh Redmi Note 7 berada pada kadar 84%.

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 4

Pemproses

Redmi Note 7 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 yang sudah banyak kali diuji oleh kami sendiri.

Ianya pemproses kelas pertengahan yang mampu menawarkan prestasi optimum tanpa sebarang lag dan kombinasi dengan MIUI 10 juga amat sempurna.

Ianya adalah pemproses 8-teras (14nm) yang menggunakan 4x teras Kyro 260 berkelajuan 2.4Ghz bersama-sama 4x teras yang sama dengan kelajuan yang dihadkan pada kelajuan 1.8Ghz.

Bercakap mengenai GPU yang disertakan, Redmi Note 7 memiliki unit pemprosesan grafik Adreno 512 yang juga tidak perlu dipersoalkan kebolehanya.

Redmi Note 7 di Malaysia hadir didalam tiga konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB, 4GB/64GB dan 4GB/128GB.

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 5

Kamera

Salah satu ciri hangat yang ditawarkan pada Redmi Note 7 adalah sensor 48MP yang dibekalkan oleh Samsung.

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 6

Sensor ini menggunakan sususan Quad Bayer yang mana empat gambar beresolusi 12MP disusun pada satu penapis yang sama waran dan ini memberikan kualiti gambar yang lebih baik dan tanpa gangguan yang keterlaluan.

Kamera 48MP ini turut disertakan dengan sensor kedalaman 5MP yang memberikan hasil potrait yang lebih realitisik dan sempurna.

Kamera ini turut hadir dengan sokongan pengesan adengan berasaskan AI.

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 7

Kamera selfie Redmi Note 7 adalah sensor 13MP yang memiliki pelbagai fungsi tambahan seperti HDR, beautify berasakan AI dan banyak lagi.

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 8

Bateri

Redmi Note 7 hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mana pengecasan dilakukan melalui slot USB-C dan ianya hanya disertakan dengan plak pengecasan 5V/2A dengan sasaran untuk mengekalkan harga penjualan yanh rendah.

Pengecasan bateri berkapasiti 4,000mAh melalui plak pengecasan yang ditawarkan pastinya mengambil masa yang agak lama dan kami mencadangkan anda membeli plak pengecasan yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge.

Jangka hayat bateri yang ditawarkan oleh Redmi Note 7 juga baik dan ia dibantu lagi dengan pretasi pemproses Snapdragon 660 yang sangat efisen.

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 9

Penutup

Walaupun baru beberpa bulan di pasaran, Redmi Note 7 telah mendapat sambutan yang sangat hangat dan buktinya adalah dengan penjualan hampir 4 juta unit di pasaran global.

Redmi Note 7 di Malaysia hadir dengan harga penjualan serendah RM 679 menjadikanya sebagai antara model yang pasti menjadi sebutan khususnya bagi mereka yang ingin memiliki telefon pintar dengan nilai belian yang terbaik.

Berikut adalah harga Redmi Note 7 di Malaysia :

Redmi Note 7 3GB/32GB – RM 679

Redmi Note 7 4GB/64GB – RM 799

Redmi Note 7 4GB/128GB – RM 949

Anda boleh beli Redmi Note 7 di SINI.

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 10

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 11

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 12

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 13

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 14

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 15

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 16

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 17

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 18

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 19

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 20

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 21

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 22

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 23

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 24

ULASAN : Redmi Note 7 - telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia 25

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.