Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Malaysia umumkan pendaftaran bagi PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 (PMNC 2019) kini telah dibuka

Vivo Malaysia umumkan pendaftaran bagi PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 (PMNC 2019) kini telah dibuka 1

Vivo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa pendaftaran bagi PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 (PMNC 2019) telah dibuka hari ini bagi pasukan dari Malaysia dengan hadiah keseluruhan bernilai RM 114,000 untuk dimenangi.

Vivo V15 Pro versi 8GB telah diumumkan dan akan digunakan pada pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019

Dengan kejayaan luar biasa penganjuran, PUBG Mobile Malaysia National Championship tahun lalu, kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship kembali lagi sebagai PMNC 2019.

PMNC 2019 kini telah dikembangkan kepada 6 peringkat kelayakan di enam negeri berbanding empat pada tahun 2018 dan pasukan yang layak akan bertanding di peringkat grand final.

PMNC 2019 terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun dan ke atas dengan akaun PUBG MOBILE yang sah yang dibuat dengan nama sendiri dan memberikan pengesahan apabila mula bertanding.

Setiap pasukan boleh mendaftar sehingga 4 pemain dan enam peringkat kelayakan akan berlangsug di  Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Penang, Johor dan Sarawak dengan setiap 2 pasukan terbaik dari setiap peringkat kelayakan akan layak ke peringkat Grand Final bersama-sama 4 pasukan profesional jemputan.

 Vivo V15 Pro versi 8GB RAM akan ditawarkan di Malaysia mulai 20 April pada harga RM 1,899 sahaja

Peringkat kelayakan pertama akan berlangsung di Sunway Lagoon pada 27 April iniZ

Senarai peringkat kelayakan dan grand final adalah seperti berikut :  

Kelayakan Negeri Selangor               : 27 April 2019 @ Sunway Lagoon, Selangor

Kelayakan Negeri Sabah                   : 25 Mei 2019 @ Suria Sabah, Sabah

Kelayakan Negeri Kuala Lumpur      : 01 Jun 2019 @ Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur

Kelayakan Negeri Penang                 : 15 Jun 2019 @ Hin Bus Depot, Penang

Kelayakan Negeri Johor                    : 22 Jun 2019 @ Paradigm Mall, Johor Bahru

Kelayakan Negeri Sarawak               : 29 Jun 2019 @ Emart Batu Kawa, Sarawak 

Peringkat Grand Finals                       : akan diumumkan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.