Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V15 Pro versi 8GB RAM akan ditawarkan di Malaysia mulai 20 April pada harga RM 1,899 sahaja

Vivo V15 Pro versi 8GB RAM akan ditawarkan di Malaysia mulai 20 April pada harga RM 1,899 sahaja 1

Ketika previu media Vivo APEX 2019, Vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa Vivo V15 Pro versi 8GB RAM akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan ianya akan turut digunakan pada pertandingan PUBG Mobile Club Open.

Vivo Malaysia kini telah mengumumkan bahawa Vivo V15 Pro akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia mulai 20 April 2019 dengan harga penjualan RM 1,899 sahajaz

Vivo V15 Pro ini akan turut memiliki 128GB RAM memori dalaman.

Vivo akan menjadi penaja dan pembekal telefon pintar pertandingan PUBG Mobile Club Open 20192019

Vivo V15 Pro ini juga merupakan telefon pintar terbaru Vivo untuk hadir dengan teknologi kamera selfie popup 32MP.

Vivo V15 Pro hadir dengan skrin paparan the Ultra FullView Super AMOLED berukuran 6.3-inci dengab nisbah skrin kepada badan 91.64% dan pemproses Qualcomm Snapdragon 675.

Vivo V15 Pro juga memiliki kamera utama 48MP, satu sensor lensa lebar 8MP dengan FOV sehingga 120 darjah dan kamera depth 5MP yang turut mempunyai sokongan tambahan seperti AI Body Shaping.

Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin yang kini memasuki generasi ke-5, UI Funtouch OS 9 yang berasaskan Android 9.0 Pie selain mod game yang dikenali sebagai Game Mode 5.0 yang meningkatkan prestasi ketika permainan video.

Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,700mAh yang hadir dengan pengecasan pantas ‘dual engine’ yang memberikan kadar pengecasan dari 0% ke 24% didalam masa 15 minit sahaja ( pengecasan masih melalui slot MicroUSB).

Vivo V15 Pro versi 8GB/128GB akan ditawarkan di Malaysia melalui wakil penjuah mulai 20 April pada harga penjualan RM 1,899.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.