Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 dilancarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 dan akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee

Oppo Malaysia secara rasminya melancarkan Oppo F11 dengan kerjasama Shopee dan penjualan pertama akan berlangsung sempena Super Brands Day Oppo pada 19 April 2019.

Oppo F11 adalah versi yang lebih murah dengan perbezaan utama telefon pintar  dan Oppo F11 Pro adalah ianya tidak mempunyai kamera selfie pop-up.

Oppo F11 ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD FHD+ berukuran 6.53-inci yang dilapisi Corning Gorilla Glass 5, pemproses MediaTek Helio P70, bateri berkapasiti 4,020mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 yang mana pengecasan penuh hanya mengambil masa 80 minit namun ianya hadir dengan slot microUSB.

Oppo F11 akan ditawarkan didalam kapasiti 4GB RAM dengan 128GB memori dalaman.

Bercakap mengenai kamera pula, Oppo F11 turut hadir dengan kamera utama 48MP dengan aperture f/1.79 selain kamera ‘pengesan kedalaman’ 5MP dengan f/2.4 .

Kamera ini hadir dengan sokongan pengambilan gambar waktu malam Ultra Night, pengesan adengan AI,  Color Mapping dan tidak lupa kamera selfie 16MP f/2.0.

Selain itu, Oppo F11 juga hadir dengan ColorOS berasaskan Android Pie, mod Hyper boost, sokongan dwi-SIM nano, Bluetooth 5.0 dan sensor capjari dibelakang.

 

Oppo F11 akan mula ditawarkan secara ekslusif di Shopee pada 19 April 2019 (tepat jam 12 tengah malam) dan Shopee akan menawarkan Oppo F11 pada harga RM 999 sahaja iaitu untuk tempoh 24 jam sahaja.

BELI Oppo F11 melaui stor rasmi Oppo di Shopee

Selain itu, Oppo akan turut menawarkan pelbagai diskaun dan promosi dari 16 hingga 19 April 2019 sebagai salah satu jenama yang menyertai Shopee Brands Festival.

Shopee Brands Festival akan berlangsung mulai hari ini (16 April) sehingga 24 April dimana pelanggan akan menerima bauchar bonus, 2x ganda Shopee Coins dan penghantaran percuma dengan pembelian minima RM 20.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.