Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ – telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 1ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 2

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ – telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera

Pengenalan

Tahun 2019 menandakan ulang tahun ke-10 siri telefon pintar Galaxy S yang mana model-model tahun ini dikenali sebagai dengan nama Galaxy S10.

Sejak pelancaran generai pertama Galaxy S 10 tahun lalu, Samsung telah melalui perjalanan yang penuh berliku dari satu jenama yang asing kepada jenama yang tidak asing lagi didalam industri telefon pintar dunia.

Tahun menyaksikan Samsung lebih agresif untuk menambat hati pengguna selain menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Generasi ke-10 Samsung Galaxy S adalah kali pertama Samsung memperkenalkan tiga model utama telefon pintar utama Samsung iaitu Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+.

Samsung Galaxy S10 ini hadir dengan harga penjualan dari RM 2,699 sehingga RM 4,599.

Kami telah memperoleh unit reviu model Galaxy S10+ yang memberikan kami peluang untuk menguji model terbaik dan termahal didalam siri Galaxy S10.

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 3

Reka bentuk

Samsung Galaxy S10+ hadir dengan reka bentuk panel hadapan yang dikenali sebagai Inifinity-O dengan teknologi dwi-kamera selfie melalui teknologi ‘hole-punch’ yang ditebuk pada skrin.

Reka bentuk panel hadapan Galaxy S10+ juga tinggi dengan lapisan gelas Corning Gorilla 6 pada bahagian hadapan dan belakang.

Bezel pada Galaxy S10+ ini hampir tidak wujud dan panel belakang telefon pintar ini adalah berasaskan gelas dan terdapat potongan sensor tri-kamera yang menunjukkan kesungguhan Samsung untuk menawarkan teknologi kamera terbaik pada model ini.

Secara keseluruhan, reka bentuk Galaxy S10+ boleh diiktiraf sebagai antara telefon pintar dengan reka bentuk paling premium bagi 2019 atau setakat ini.

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 4

Skrin paparan

Samsung Galaxy S10+ hadir dengan skrin paparan Super AMOLED inifinity-O berukuran 6.4-inci.

Ianya adalah panel skrin paparan yang memiliki resolusi QHD+ dengan resolusi 1440 x 3040 dan nisbah skrin kepada badan 93.1% yang memberikan kepadatan piksel 526ppi.

Panel skrin 6.4-inci adalah paling besar pernah digunakan pada telefon pintar siri Galaxy S dan Galaxy S10+ juga menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan skrin HDR10+.

Selain itu, panel skrin hadapan ini juga mempunyai potongan pada skrin yang menempatkan bukan satu tetapi dua sensor kamera yang menjadikanya sebagai telefon pintar pertama didalam siri Galaxy S untuk memiliki dwi-kamera selfie.

Selain itu, Samsung Galaxy S10+ juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin yang pada pendapat kami masih belum cukup matang khususnya kepantasan untuk membaca capjari pengguna yang dilihat perlahan.

Dengan reka bentuk skrin paparan Infinity-O, Samsung telah meletakkan penanda aras yang tinggi bagi pengeluar telefon pintar lain untuk mengeluarkan telefon pintar dengan skrin paparan dan reka bentuk yang lebih baik dari Galaxy S10+.

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 5

Pemproses

Samsung Galaxy S10+ hadir dengan dua jenis pemproses iaitu Exynos 9820 atau Snapdragon 885.

Seperti tahun-tahun sebeleum ini, pasaran Malaysia hanya menerima versi Exynos dan ianya dipadankan dengan 8GB RAM dan tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 128GB,512GB dan 1TB.

Apa pun pemproses yang digunakan, Samsung Galaxy S10+ akan menawarkan prestasi dan pengalaman pengunaan ‘top-notch’ yang memang tidak asing lagi pada telefon pintar Samsung.

Pengunaan OneUI yang terbaru ini dilihat lebih ringkas dan memberikan nafas baru kepada telefon pintar flagship Samsung ini.

Walaupun bukan dipasarkan sebagai telefon pintar gaming, Galaxy S10+ merupakan antara telefon terbaik jika anda ingin menggunakanya sebagai telefon pintar gaming anda.

Ianya hadir dengan unit pemprosesan grafik GPU Mali-G76 MP12 yang turut hadir dengan optimasi gaming Unreal Engine.

Permainan PUBG, Mobile Legend, Fortnite dan pelbagai gaming berbingkai tinggi tidak menjadi masalah untuk dimainkan pada Galaxy S10+.

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 6

Kamera

Samsung Galaxy S10+ plus hadir dengan 5 sensor kamera iaitu 3 di bahagian belakang dan dua dibahagian hadapan.

Bercakap mengenai kamera dibelakang, Samsung Galaxy S10+ memiliki satu sensor biasa 12MP, satu sensor telefoto 12MP dan lensa lebar 16MP yang mana ianya memiliki dual Pixel OIS pada dua sensor 12MP.

Kamera ini juga memiliki kebolehan menukar aperture dari f/1.5 dan f/2.4 yang pasti membantu pengambilan gambar pada waktu malam namun Samsung masih belum menyaingi mod malam yang ditawarkan oleh Huawei mahupun telefon pintar Realme 3 yang hadir dengan harga penjualan dari. RM 599 sahaja.

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 7

Samsung Galaxy S10+ mampu mengambil gambar lensa lebar yang berkualiti namun pengambilan sensor lensa lebar tidak mampu menyaingi kualiti sensor utama dan terdapat kesan’fish eye’.

Samsung Galaxy S10+ telah menerima mata DxOMark 109 ianya adalah seperti Huawei Mate 20 Pro namun masih ketinggalan dibelakang Huawei P30 Pro yang telah menerima 112 mata.

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 8

Kamera selfie Samsung Galaxy S10+ ini adalah dwi-kamera 10MP + 8MP yang mana sensor kedua mempunyai pengaruh besar ketika mengambil gambar live focus portrait yang mana ciri ini ditawarkan secara eksklusif pada model + sahaja.

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 9

Imej dari kamera selfie Galaxy S10+ tidak kurang hebatnya namun apabila cahaya keadaan tidak menyebelahi kamera, prestasi kamera selfie telefon pintar ini jatuh mendadak dan hasil akhir gambar kelihatan terlalu ‘lembut’ dan banyak ganguan.

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 10

Bateri

Samsung Galaxy S10+ hadir dengan bateri berkapasiti 4,100mAh yang menjadikanya sebagai telefon pintar dengan paling tinggi kapasiti bateri pada siri Galaxy S yang kini sudah memasuki generasi ke-10.

Samsung menawarkan beberapa mod penjimatan bateri yang mampu menawarkan pengunaan penuh sehari tanpa perlu mengecas semula ditengah hari.

Selain itu, Samsung Galaxy S10+ juga hadir dengan teknologi pengecasan tanpa wayar terbalik yang dikenali sebgai ‘Wireless PowerShare yang memberikan anda kebolehan untuk mengecas peranti lain yang hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi namun ianya akan dinyah aktif apabila bateri 4,100mAh anda mencapai tahap dibawah 30%.

Selain Galaxy S10+ juga mempunyai sokongan pengecasan pantas tanpa wayar 2.0 yang mana ianya mampu mengecas peranti anda dengan lebih pantas dan pada suhu yang optimum dengan penawaran kipas penyejuk Turbo.

Pengecasan pantas menggunakan wayar yang ditawarkan oleh Samsung pada Galaxy S10+ mungkin tidak sepantas pesaing lain namun ianya masih pantas dari apa yang ditawarkan oleh Apple.

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 5

Penutup

Samsung Galaxy S10+ telah hadir ke pasaran sebagai model flagship termahal pernah dikeluarkan oleh Samsung yang mana ianya bermula pada harga RM 3,699 iaitu bagi versi 128GB memori dalaman manakala versi 512GB pula ditawarkan pada harga RM 4,599 dan anda juga mempunyai pilihan untuk memiliki versi 1TB dengan panel belakang seramik pada harga RM 5,999 yang mana ianya masih murah daripada model termahal iPhone XS Max.

Pada pendapat kami, Samsung Galaxy S10+ boleh dianggap sebagai tiga telefon pintar terbaik di pasaran dan jika anda sedang mempertimbangkan untuk memilki satu telefon pintar kelas flagship premium, Galaxy S10+ adalah satu daripada model yang patut anda pertimbangkan.

Anda boleh beli Samsung Galaxy S10+ di SINI.

Gambar-gambar yang diambil menggunakan Galaxy S10+

ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 12ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 13ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 14ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 15ULASAN : Samsung Galaxy S10+ - telefon pintar kelas flagship terbaik Samsung dengan 5 kamera 16

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.