Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi mempamerkan ketersediaan rangkaian 5G yang mencecah kelajuan 1.6Gbps

Syarikat telekomunikasi Digi telah mempamerkan ketersediaan rangkaian 5G syarikat ini yang akan membuat penampilan sulung di pameran 5G Malaysia yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 April 2019.

Melalui satu ujian kelajuan, Digi telah membuktikan teknologi rangkaian 5G mereka mampu menawarkan kelajuan yang lebih tinggi dan kapasiti rangkaian yang lebih luas dengan kelajuan 1.6Gbpa pada spektrum 5G 100MHz.

Digi telah mula melakukan ujian 5G mereka yang tersendiri dengan industri telekomunikasi tempatan mula bersiap sedia untuk mempamerkan kebaikan dan impak 5G pada pameran tersebut.

Dengan kelajuan tinggi dan latensi rendah, rangkaian 5G mempunyai potensi untuk menghubungkan berjuta-juta peranti pintar, membina servis baru dan menyokong liputan yang lebih luas sekaligus mengubah bagaimana perniagaan, kerajaaan dan orang biasa melakukan aktiviti harian mereka.

Pada pameran tersebut, Digi akan mempersembahkan tiga kes 5G pada bahagian perkhimatan kecemasan, pembelajaran dan eSukan yang memberikan kita gambaran kecil potensi sebenar 5G yang akan memberi impak kepada infrasturktur awak, perniagaan dan pengguna secara umumnya.

Turut menghadiri majlis ini adalah ketua pengkaji Telenor, Bjørn Taale Sandberg  yang akan berkongsi statistik bagaimana 5G akan membolehkan AI, IoT yang mampu merubah kehidupan selain maklumat ujian pilot 5G kumpulan Telenor yang telah memulakan projek 5G mereka di Norway sejak November 2018.

Pameran 5G Malaysia dengan tema Progressing Humanity (#5GMalaysia #ProgressingHumanity) ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dan institusi pengajian tinggi.

Pameran ini akan dibuka kepada orang awam pada 21 dan 21 April 2019 di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.