Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V15 Pro versi 8GB telah diumumkan dan akan digunakan pada pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019

Vivo V15 Pro versi 8GB telah diumumkan dan akan digunakan pada pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019 1

Vivo sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan PUBG Mobile untuk menjadi penaja utama bagi pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019 yang merupakan pertandingan eSukan peringkat global.

Sebelum ini kami tertanya-tanya apakah model yang akan digunakan oleh Vivo untuk pertandingan PUBG Mobile Club Open ini dan kini Vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa Vivo V15 Pro versi 8GB RAM akan digunakan.

Vivo V15 Pro ini akan turut memiliki 128GB RAM dan Vivo Malaysia juga telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan turut mula dijual dipasaran Malaysia tidak lama lagi.

Vivo V15 Pro ini adalah telefon pintar terbaru Vivo untuk hadir dengan teknologi kamera selfie popup 32MP.

Vivo V15 Pro versi 8GB telah diumumkan dan akan digunakan pada pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019 2

Vivo V15 Pro hadir dengan skrin paparan the Ultra FullView Super AMOLED berukuran 6.3-inci dengab nisbah skrin kepada badan 91.64% dan pemproses Qualcomm Snapdragon 675

Vivo V15 Pro juga memiliki kamera utama 48MP, satu sensor lensa lebar 8MP dengan FOV sehingga 120 darjah dan kamera depth 5MP yang turut mempunyai sokongan tambahan seperti AI Body Shaping.

Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin yang kini memasuki generasi ke-5, UI Funtouch OS 9 yang berasaskan Android 9.0 Pie selain mod game yang dikenali sebagai Game Mode 5.0 yang meningkatkan prestasi ketika permainan video.

Vivo V15 Pro versi 8GB telah diumumkan dan akan digunakan pada pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019 3

Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,700mAh yang hadir dengan pengecasan pantas ‘dual engine’ yang memberikan kadar pengecasan dari 0% ke 24% didalam masa 15 minit sahaja ( pengecasan masih melalui slot MicroUSB).

Buat masa ini harga penjualan Vivo V15 Pro versi 8GB RAM/128GB tidak diumumkan.

Vivo juga telah mengumumkan bahawa peringkat kelayakan akan bermula pada 27 April 2019 di Sunway Lagoon dan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh anda ketahui di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.