Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P30 dan P30 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan 18 bulan waranti pada harga dari RM 2,699

Huawei secara rasminya telah melancarkan siri Huawei P30 ke pasaran Malaysia selepas ianya diumumkan di Paris pada 26 Mac yang lalu.

Dua model tersebut adalah Huawei P30 dan Huawei P30 Pro yang hadir dengan harga penjualan dari RM 2,599 menjadikanya antara telefon pintar premium flagship paling murah dipasaran.

Huawei P30 hadir dengan reka bentuk panel belakang yang melengkung manakala Huawei P30 Pro pula memiliki panel hadapan dan belakang yang melengkung.

Secara tradisinya siri Huawei P memang terkenal dengan penawaran teknologi kamera yang pertama kali digunakan pada telefon pintar dan Huawei P30 Pro menjadi lambang kepada kemajuan pesat fotografi pada telefon pintar.

Spesifikasi Huawei P30 dan Huawei P30 Pro  yang lengkap boleh anda ketahui di sini pautan dibawah :

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia

Berikut adalah senarai harga Huawei P30 dan Huawei P30 Pro di Malaysia :

Huawei p30 8GB/128GB – RM 2,699

Huawei P30 Pro 8GB/256GB – RM 3,799

Huawei P30 Pro 8GB/512GB – RM 4,299

3 warna iaitu breathing crystal, aurora dan black.

Penjualan akan bermula pada 6 April 2019 dan ianya akan hadir dengan jaminan waranti 18 bulan ( tambahan 6 bulan apabila mendaftar di Huawei HiCare App sebelum 5 Mei 2019).

Pra-tempahan kini telah dibuka di stor atas talian rasmi Huawei Malaysia di mana anda boleh menjadi antara yang pertama untuk memiliki telefon pintar terbaru Huawei ini.

6,000 pembeli pertama Huawei P30 atau Huawei P30 Pro akan menerima Huawei Backup 1TB.

Selain itu, pembelian Huawei P30 Pro juga akan menerima bekas snokerkeling bernilai RM 428 manakala pembelian Huawei P30 akan menerima bekas peranti yang turut hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar bernilai RM 248.

Penjualan  Huawei P30 akan diadakan di 11 stor seluruh negara mulai 6 April 2019 seperti berikut:

Venue:
1) Pavilion Kuala Lumpur
2) Mid Valley MegaMall Kuala Lumpur
3) 1st Avenue Penang
4) Aman Central Kedah
5) Aeon Kinta City Perak
6) Aeon Bukit Indah Johor Bahru
7) Mahkota Parade Melaka
8) Kuantan Highstreet Pahang
9) Aeon Kota Bahru Kelantan
10) Imago Shopping Mall
11) The Spring Kuching Sarawak

Huawei tawarkan program tukaran telefon pintar untuk membeli P30 atau P30 Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.