Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi 1

Minggu lalu Oppo telah membuat sedikit kejutan dengan mengumumkan bahawa teknologi kamera 10x zoom ‘lossless’ akan tiba di Malaysia pada 1 April 2019.

Walaupun mengesahkan ianya bukan lawak ‘april fool’, kami pelik kerana Oppo masih belum mengumumkan pelancaran telefon pintar ini secara rasmi lagi (Oppo Reno dijangka akan menjadi telefon pintar pertama untuk hadir dengan teknologi kamera 10x lossless zoom.

Segala teka-teki telah terjawab hari ini dan Oppo Malaysia telah memberikan kami peluang untuk menguji sendiri kehebatan teknologi zoom x10 Lossless ini.

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi 2

tanpa zoom vs zoom 5x vs zoom 10x

Teknologi ini pertama kali telah diperkatakan pada MWC di Barcelona awal bulan lalu dan ianya akan mula digunakan pada telefon pintar Oppo tidak lama lagi.

Dengan penawaran teknologi 10x zoom lossless pada telefon pintar, Oppo telah membuktikan potensi sebenar teknologi kamera yang dimiliki Oppo dan Oppo dijangka akan membawa masuk telefon pintar dengan teknologi 10x zoom lossless ini ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi 3

tanpa zoom vs zoom 5x vs zoom 10x

Bercakap sedikit mengenai teknologi 10x zoom lossless ini, ianya menggunakan struktur kamera tiga lensa yang terdiri daripada lensa telefoto, lensa ultra-lebar dan lensa utama yang mana lensa telefoto dan lensa utama turut memiliki optik pengtsabilan imej (OIS).

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi 4

Secara tradisi, untuk mempunyai kebolehan untuk melakukan 10x zoom ini, modul lensa akan mempunyai ketebalan minima 15mm namun Oppo telah menyelesaikan isu ini menggunakan modul zoom persikop.

Modul kamera Oppo ini mempunyai ketebalan akhir hanya 6.76mm iaitu 120% lebih nipis berbanding modul zoom tradisional dan ini adalah sama dengan modul kamera yang dimiliki oleh Oppo R17 Pro.

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi 5

Selain itu, Oppo juga berjaya menempatkan dua motor pemfokusan auto (AF Motor) pada modul yang sama dan ini telah menjimatkan ruang sebanyak 13%.

Oppo F11 Pro juga dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,299 sahaja

sumber gambar fon

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.