Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Z6 Pro akan hadir dengan kamera 100MP

Perlumbaan untuk menawarkan sensor kamera yang banyak dilihat tidak mempunyai pengakhiran khususnya selepas pelancaran Huawei P30 Pro yang hadir dengan teknologi quad-camera Leica.

Walaupun bagaimanapun ada juga syarikat yang mengejar rekod mereka yang tersendiri dan Lenovo dilihat bakal menjadi pengeluar telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan kamera beresolusi 100MP.

Lenovo Z6 Pro dijangka akan memasuki pasaran China terlebih dahulu dan naib presiden Lenovo, Chang Cheng telah melalui posting mengenai Lenovo Z6 Pro yang turut disudahi dengan hashtag 100MP.

Qualcomm telah juga mengesahkan bahawa kamera 100MP akan tiba, masih terdapat persoalan samada ianya dicapai menggunakan sensor atau teknologi lapisan gambar Pixel Binning.

Selain itu, Lenoco Z6 Pro akan turut hadir dengan pemproses Snapdragon 855 dan sehingga 12GB RAM.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.