Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 10i dengan kamera selfie 32MP dan tiga kamera dibelakang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

Selepas memperkenalkan Honor 8C ke pasaran Malaysia lalu, Honor Malaysia kini telah mengumumkan satu lagi telefon pintar Honor akan dilancarkan di pasaran tempatan didalam masa terdekat.

Walaupun tidak mengesahkan apakah model telefon pintar tersebut, Honor mengatakan ianya akan menjadi telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang.

Walaubagaimanapun, Honor 10i yang dilancarkan ke pasaran Rusia beberapa minggu lalu dijangka merupakan model tersebut.

Honor 10i akan hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang adalah 24MP f/1.8 + 8MP f/2.4 dan 2MP sensor mengesan kedalaman dengan kamera selfie 32MP.

Selain dari itu, Honor 10i mempunyai spesifikasi yang diwarisi dari Honor 10 Lite iaitu skrin paparan 6.21-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Kirin 710, bateri berkapasiti 3,400mAh dan EMUI 9 yang berasaskan Android Pie.

Honor 10i juga akan hadir dengan tetapan 4GB RAM dan 128GB memori dalaman yang mana konfigurasi ini tidak ditawarkan pada Honor 10 Lite.

Sebagai perbandingan Honor 10 Lite di Malaysia hadir dengan harga penjualan yang bermula dari RM 699 dan Honor 10i mungkin ditawarkan pada harga sekitar RM 799-RM 999.

Samsung Galaxy A10 dan Galaxy A20 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 499 sahaja

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja

Lenovo Z6 Pro akan hadir dengan kamera 100MP

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.