Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar Oppo dengan teknologi zoom 10x tiba di Malaysia 1 April ini

Telefon pintar Oppo dengan teknologi zoom 10x tiba di Malaysia 1 April ini 1

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar dengan teknologi zoom losess 10x akan tiba ke pasaran tempatan pada 1 April ini dan ianya bukan gimik ‘April Fool’ 

Pengumuman ini tiba pada hari sama Huawei melancarkan P30 dan P30 Pro yang hadir dengan teknologi zoom yang dikatakan hampir sama dengan teknologi zoom yang akan dilancarkan oleh Oppo ini.

Oppo F11 Pro dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 sahaja

Buat masa ini, Oppo tidak mendedahkan apakah model telefon pintar yang akan memiliki teknologi zoom lossless 10x ini namun Oppo Reno yang merupakan siri telefon pintar terbaru Oppo dilihat sebagai calon paling sesuai.

Sedikit mengelirukan adalah, Oppo Reno hanya akan dilancarkan di pasaran China pada 10 April 2019 dan pengenalan telefon pintar ini ke pasaran Malaysia nampaknya lebih awal dari pasaran China.

Dengan banyak persoalan mengenai telefon pintar dan teknologi zoom 10x Oppo ini masih belum terjawab, kita hanya boleh menunggu sehingga Isnin hadapan (1 April) untuk mendapat jawapan sebenar.

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia

Unifi umumkan penawaran teknologi jalur lebar tanpa wayar pra-5G TDD pertama di Malaysia yang mampu menawarkan kelajuan sehingga 500Mbps

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 dan bateri 4,000mAh kini dilancarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.